Selamat Datang Ke Blog No0rfarila

Saturday 29 December 2012

BACALAH.....

MUTIARA KATA


MUTIARA KATA

Kata Mutiara

CIRI - CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.




5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

 


 

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

10 STRATEGI SYAITAN MEMBUKA AURAT WANITA

1. Menghilangkan hijab (penutup)


Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan


Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"

3. Membuka leher dan dada


Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang


Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit


Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit


Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis


Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis


Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini


Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka


Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Friday 28 December 2012

Anis Ayuni - Bayangan Rindu


Tajuk : Bayangan Rindu
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan : Alaf21
ISBN No : 978-983-124-301
Halaman: 576 ms

Sinopsis belakang buku:

Rasa aneh,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andainya Iddya;cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya,ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada.

I akan terus menunggu sampai I pasti ‘dia’ bukan jodoh I. Iddya: aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian,barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Ringkasan dari saya:

Kisah cinta remaja antara Iddya dan Baien dari zaman persekolahan ternoktah jua akhirnya. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Iddya pula kecewa membawa duka lara. Namun hanya sebentar cuma, Iddya berjaya mendapat penggantinya Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal.

Lutfi berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu. Sedih sungguh babak di mana Lutfi memperkenalkan anaknya kepada Iddya, di tanah perkuburan. Sendu sungguh part ni.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.

Klimaks apabila, Lutfi diperkenalkan dengan keluarga Iddya, dan didapati bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Lutfi yang sememangnya masih bayi dan ibunya meninggal sewaktu melahirkannya telah dijaga keluarga Iddya sementara ayahnya kembali ke semenanjung dan membawa ibu tirinya yang baik hati itu. Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Perth bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Rupa-rupanya Kiew = Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Pada ketika ini, Baein datang memujuk hatinya untuk rujuk kembali. Tetapi Iddya sudah tidak dapat menerima lagi Baein sungguhpun dialah cinta pertama Iddya.

Rating saya:
*** (quite okay, tetapi tidak berapa mantap, dan beberapa kali saya scanning and skimming)...

Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2009/05/anis-ayuni-bayangan-rindu.html#ixzz2GM82g9Zq

Sunday 16 December 2012

CERITA TAULADAN

Assalamualaikum... hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai cerita rakyat yang boleh dijadikan bahan bacaan buat anak-anak di musim cuti persekolahan ini. Selamat membaca............


Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.


Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.
Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Friday 14 December 2012

salmahsaad74.blogspot: MUTIARA KATA

salmahsaad74.blogspot: MUTIARA KATA: Kata Kata Mutiara   Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam diri seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika k...

Sunday 9 December 2012

Rimbunan Ilmu: Kem Bestari Solat 2012Sekolah kebangsaan Sungai S...

VIDEO P&PKem Bestari Solat 2012Sekolah kebangsaan Sungai S...: Kem Bestari Solat 2012 Sekolah kebangsaan Sungai Siput

CONTOH ESEI



Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

KONSEP GABUNG JALIN



KONSEP GABUNG JALIN

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsep kesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagi konsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksud mencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yang demikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat, bercakap, membaca, mengira, menulis dan melukis .

KAEDAH GABUNG JALIN
 
Kaedah Gabung Jalin, iaitu kaedah pengajaran yang diutarakan oleh H.G Widdowson, dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip pengajaran Kaedah Gabung Jalin menekankan fungsi bahasa sebagaimana yang benar-benar berlaku dalam komunikasi bahasa.

Perkara-perkara yang digabungjalinkan dalam pengajaran ialah kemahiran bahasa yang betul-betul terlibat dalam komunikasi. Misalnya, kemahiran mendengar dan bertutur, berlaku dalam temu duga, dialog, wawancara, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan kemahiran mendengar dan menulis, misalnya, apabila kita mendengar syarahan dan menulis nota (tentang syarahan yang didengar). Kemahiran membaca dan menulis, biasanya kita gabungkan apabila kita membaca buku teks dan mencatat nota daripada bacaan tersebut.

Dalam menggunakan kaedah gabung jalin ini, guru hendaklah pandai memilih dan menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar menggambarkan situasi penggabungan kemahiran dalam komunikasi. Kini konsep penggabungjalinan telah diaplikasikan oleh guru dengan cara yang lebih kreatif.

Sunday 25 November 2012

MODEL ASSURE





 MODEL ASSURE

1.Pengenalan
        Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak bagi guru untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Antara elemen-elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan seperti berikut:
  1. Motivasi
Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Menurut Kozma dan Croginger (1992),  menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar.
  1. Keunikan pengajaran
Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat pembelajaran.
  1. Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran
Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai bidang. Pelbagai pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan pelajar  dalam bidang pendidikan. Antaranya pembelajaran koperatif , berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang tinggi.
  1. Meningkatkan produktiviti guru
Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka.
  1. Sebagai keperluan kemahiran ICT
Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat. Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua rakyat dalam Teknologi Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi Visual.
2.  Definisi Teknologi Pengajaran
      Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka bentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan, alatan, teknik , keadan) dan pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang sistematik bagi menyelesaikan masalah pendidikan.

 Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan pengajaran menjadi efektif” ( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran.

3. Model ASSURE                                                                                                             
       Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:
A         :           Analyze Learners ( menganalisis pelajar)
S         :           State Objective ( Menyatakan objektif)
S         :           Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan 
                      bahan )
U         :           Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)
R         :           Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)
E         :           Evaluate and revise      ( menilai dan menyemak semula bahan)


 Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE digunakan kepada perancangan media di bilik darjah

3.1  Menganalisis Pelajar
          Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran guru perlu mengenali ciri-ciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan bahan pelajaran. ini sebagai langkah pertama guru untuk persediaan sebelum memulakan pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di ambil kira untuk membuat keputusan dalam pemilihan media ialah:

i. Ciri-ciri am merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred, kedudukan, pekerjaan, faktor budaya dan sebagainya.
ii. Ketrampilan kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau kekurangan yang ada pada pelajar.
iii. Gaya pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi pelajar untuk menerima dan  bertindak balas terhadap rangsangan.
         Berdasarkan fakta yang dijelaskan, guru perlulah mengenal pasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang, sosio ekonomi  dan tahap gred yang dicapai oleh pelajar sebelum menggunakan media berdasarkan model ASSURE dalam pengajaran pembelajaran. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru perlu membina model bahan atau media yang sesuai supaya pembelajaran tidak membosankan pelajar.
                Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambil kira supaya bahan media yang digunakan dapat mencapai sasaran objektif pengajaran guru. Sebagai contoh guru ingin membina bahan dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah S.A.W dan kehidupan baginda, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid  sama ada pernah mendengar cerita Nabi Muhammad dan mengalami suasana kehidupan di Tanah Arab tersebut atau tidak. Jika pelajar belum pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah Arab, guru boleh memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk tajuk tersebut. Dengan mengaplikasikan tayangan video  kehidupan masyarakat arab dan pekerjaan mereka itu murid dapat mengalami dan memahami cara kehidupan sebenar  Rasulullah  S.A.W. Sehubungan dengan itu, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat membina bahan media yang baik dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media yang baik akan mendorong pelajar lebih memahami dan mengetahui maklumat pembelajaran dengan lebih mudah.

3.2    Menyatakan Objektif
              Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai atau tidak. Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat kriteria.
  1. Siapakah yang hendak dicapai?
  2. Apakah yang hendak dicapai?
  3. Bagaimana hendak mencapai sasaran ?
  4. Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

  1. Siapakah yang hendak dicapai?
    Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran.

  1. Apakah yang hendak dicapai?
               Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan objektif dengan jelas.
Antara istilah yang boleh digunakan seperti:
  • menganalisis
  • memilih
  • mengkelaskan
  • mengkategorikan
  • menyebut
  • menyusun
  • membina
  • melabelkan
  • mewarna
  • menilai
  • membanding
  • mereka cipta
  • menggambarkan
  • mengukur
  • mengeneralisasikan

iii.        Bagaimana hendak dicapai?
           Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat  pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan langkah pengajaran pemberlajaran.
iv.        Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?
           Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebaginya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.
Contoh penulisan objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa  Pendidikan Islam Tahun 4.
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1
Menyebut pengertian pahala dan dosa secara lisan.
Aras 2
Mengenal pasti amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan yang dibalas dosa.
Aras 3
Mengklasfikasikan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan pahala.

           Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru perlu menyatakan objektif pengajaran pembelajaran bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut Nicholson (1996) menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Contohnya dalam tajuk perkara –perkara yang membatalkan solat guru menetapkan murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat. Guru boleh menggunakan bahan media seperti power point atau cdri berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat  menerusi tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur kebolehan murid dan objektif tercapai.

Klasifikasi objektif
Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki. terdapat 3 kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran iaitu kemahiran kognitif, kemahiran afektif dan kemahiran psikomotor.

3.3     Pemilihan kaedah, media dan bahan.
                Seterusnya, perancangan yang sistematik dengan menggunakan media memerlukan kaedah, media dan bahan yang akan dipilih oleh guru dengan sistematik melalui langkah berikut:


      I.    Menetapkan kaedah yang tepat
Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan di ajar kepada pelajar. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai kaedah untuk menarik perhatian dan meningkatkan minat pada permulaan pelajaran. Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh melaksanakan kaedah sumbang saran atau perbincangan. Lantaran itu pelajar dapat mencambahkan maklumat baru. 
    II.    Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal paparan mesej. Format media termasuk carta flip, slaid, audio, video, filem, komputer multimedia, CDRI , CDROOM dan sebagainya.  Sehubungan dengan itu, guru perlu memilih media dalam bentuk aliran atau senarai semaik. Guru perlu memilih media berdasarkan kumpulan sasaran, situasi pengajaran, angkubah pengajaran dan objektif sama ada kognitif, efektif dan psikomotor mesti di ambil kira bagi setiap format media yang digunakan.
   III.    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.
Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang sesuai, guru perlu melibatkan 3 alternatif iaitu
·         memilih bahan yang tersedia ada.
·         mengubah suai bahan yang sedia ada.
·         mereka bentuk bahan yang baru.

                Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di ajar, guru haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-tanda hari kiamat seperti bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin dan seaginya melalui tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut pelajar akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan serta kondusif. bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat memberi pengalaman baru terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta pelajar menjalankan aktiviti atau latihan di papan interaktif dengan menggunakan power point atau cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .

3.4     Menggunakan Media dan Bahan
         Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan media.
Langkah ini perlu dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti
  • menyemak,
  • pratonton,
  • kaji bahan sumber sebelum digunakan,
  • sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,
  • rancang penggunaan bahan sumber,
  • sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta
  • menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran pembelajaran.
   Walaubagaimanapun, guru perlulah mengambil kira kos dan waktu pengajaran dalam penggunaan media. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat  disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya dalam 1 waktu dengan peruntukan masa 30 minit.
 
3.5        Memerlukan penglibatan pelajar
              Bagi langkah yang kelima, iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran.Pembelajaran yang melibatkan pelajaran secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris. Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran secara “ hand-on” seperti melabelkan Hukum Tajwid pada skrin komputer pada ayat-ayat Al Quran mengikut Surah yang di ajar oleh guru. Situasi ini akan memberi pengalaman baru terhadap pelajar bagi memahami dengan lebih jelas mengenai hukum-hukum tajwid berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum tajwid tersebut sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang di bina oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan menyebabkan objektif dan sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu guru perlulah membina bahan atau media  yang kreatif sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif  dalam pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung dapat  memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan media yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancang tingkah laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.
3.6       Menilai dan menyemak semula bahan
            Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti pengajaran dan ia melibatkan langkah  yang berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi  memastikan pilihan  objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh mengganggu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:
  • Adakah objektif pembelajaran tercapai?
  • Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?
  • Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan media?
  • Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul?
  • Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui keupayaan pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media dan bahan juga perlu dilaksanakansebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan media guru hendaklah memperbaiki kelemahan media sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran pembelajaran.

4. Kesimpulan
             Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru,  ia akan dapat membantu guru merancang rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.
 
REFLEKSI

Daripada tugasan ilmiah bagi kerja kursus portfolio KPD 3016 yang telah diterima dan diselesaikan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi pelabagai pengetahuan mengenai kebaikan Model ASSURE ini bagi diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran. Antaranya sebelum memulakan pengajaran pembelajaran saya perlu menganalisis murid terlebih dahulu. Pendekatan ini amat penting kerana untuk mengetahui keupayaan murid dan ciri-ciri yang ada pada mereka. Selain itu juga guru dapat merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan agar tiada murid akan tercicir daripada menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, saya juga telah mengetahui kepentingan menggunakan bahan sumber dalam pengajaran pembelajaran.Dalam Model ASSURE  ia amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam pengajaran pembelajaran. Dengan kata lain, bahan sumber akan dapat membantu guru untuk menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik, berkesan, dan penuh keseronokkan serta memberi kelainan agar murid tidak berasa bosan.
Namun begitu, untuk mewujudkan pengajaran pembelajaran yang meyeronokkan, saya perlu memilih kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai begitu juga dengan bahan atau media yang sesuai. Kedua-dua elemen ini mestilah selaras dengan objektif pengajaran pembelajaran agar sasaran guru tercapai. Oleh yang demikian keenam-enam elemen dalam model ASSURE ini sangat penting bagi guru dalam pengajaran hariannya di dalam kelas. Sebagai kesimpulan, setiap guru perlulah mengguna, mempelajari dan mengaplikasikan model ASSURE ini apabila mengajar di kelas.
 
Bibliografi

Rozinah Jamaluddin . (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
           Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim . (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Puchong,
          Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati Abdul Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengjaran
          dan pembelajaran. KL : Oxford Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum dan
            Instruksi sumber dari 

Abdul Jasheer Abdullah. (2005). Prinsip Teknologi Pengajaran
  Sumber dari www.freewebs.com/oum1/Bab%202%20PTP.ppt