Selamat Datang Ke Blog No0rfarila

Friday, 23 November 2012

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF



KEMAHIRAN  BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?
 Komponen utama KBKK:
  • Berfikir secara kritis,
  • Berfikir secara kreatif.
 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
    KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
 Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:
  • menjana dan menghasilkan idea,
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?
 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:
·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
 Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.
Di sini dikemukakan  empat alat yang boleh digunakan  untuk meningkatkan ketrampilan berfikir  iaitu:
Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita  membuat pengurusan lisan  , mengurus  pemikiran secara visual dan terkawal.
Soalan dan Penyoalan
Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus

 Soalan  mengikut aras taksonomi Bloom
 
 
 Soalan boleh dikategerikan kepada  jenis bertumpu dan bercapah
Soalan Bertumpu
Soalan bercapah
 
Aras rendah
Aras tinggi
 
Jawapan atau respon terhad
Jawapan atau respon luas
 
Berbentuk tertutup
Berbentuk terbuka
 
Sesusi menguji daya ingatan
Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran
 
Lebih  bersifat objektif
Lebih  bersifat subjektif
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  
Senarai  kemahiran berfikir secara kritis:
·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens  
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.
Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora
Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir
  • terpisah,
  • penyebatian.
Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?
Terpisah bermaksud:
KBKK diajarkan secara  berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran,
Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian?
Penyebatian bermaksud:
KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.
Jenis-jenis penyebatian
  • Penyebatian Penuh
  • Penyebatian Separa
  Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:
  1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,  
  2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK
  3. Refleksi dan metakognitif,
  4. Pengukuhan isi MP dan KBKK,
  5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.
  KBKK digunakan di dalam  mana-mana langkah  dalam pengajaran dan   pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup