MODEL ASSURE
1.Pengenalan
Bidang teknologi berkait rapat dengan
bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan model-model yang boleh
diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak bagi guru
untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan
pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi
yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya
pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru tetapi kepada media dan
bahan. Antara elemen-elemen rasional kepentingan teknologi dalam pendidikan
seperti berikut:
- Motivasi
Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk
belajar.Menurut Kozma dan Croginger (1992),
menerangkan beberapa cara teknologi dapat membantu dalam proses
kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar.
- Keunikan pengajaran
Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran
menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber
maklumat dan alat pembelajaran.
- Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran
Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai
bidang. Pelbagai pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan pelajar dalam bidang pendidikan. Antaranya
pembelajaran koperatif , berkongsi kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang
tinggi.
- Meningkatkan produktiviti guru
Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru
dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru
akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah
berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan
mereka.
- Sebagai keperluan kemahiran ICT
Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini
amatlah penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka
untuk menjadi pelajar bermaklumat. Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan
yang dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua rakyat dalam Teknologi
Maklumat (IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi Visual.
2. Definisi Teknologi
Pengajaran
Menurut
Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan (penyelidikan, reka
bentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen sistem pengajaran ( mesej,
manusia, bahan, alatan, teknik , keadan) dan pengurusan pembangunan (
organisasi, personel) yang sistematik bagi menyelesaikan masalah pendidikan.
” Teknologi
pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk, menjalankan, dan
menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif
khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada pembelajaran manusia dan
komunikasi. ia juga melibatkan kombinasi sumber manusia dan sumber bukan
manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan pengajaran menjadi efektif” (
Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)
Menurut Seels dan
Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber
pembelajaran.
3. Model ASSURE
Model assure ini menggunakan akronim
dengan menggabungkan pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne.Maksud
akronim ASSURE ini seperti berikut:
A : Analyze
Learners ( menganalisis pelajar)
S : State
Objective ( Menyatakan objektif)
S : Select
Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan
bahan )
U : Ultilize
media and materials ( menggunakan bahan dan media)
R : Require
Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)
E : Evaluate
and revise ( menilai dan menyemak semula bahan)
Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan
prosuder atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media
dengan mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah panduan prosuderal untuk
perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses
pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan
sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model
ASSURE digunakan kepada perancangan media di bilik darjah
3.1 Menganalisis
Pelajar
Sebelum menggunakan bahan atau media
dalam pengajaran guru perlu mengenali ciri-ciri pelajar, isi kandungan
pelajaran, media dan bahan pelajaran. ini sebagai langkah pertama guru untuk
persediaan sebelum memulakan pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di
ambil kira untuk membuat keputusan dalam pemilihan media ialah:
i. Ciri-ciri am
merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred, kedudukan, pekerjaan,
faktor budaya dan sebagainya.
ii. Ketrampilan
kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau kekurangan yang ada pada
pelajar.
iii. Gaya
pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi pelajar untuk
menerima dan bertindak balas terhadap
rangsangan.
Berdasarkan fakta yang dijelaskan,
guru perlulah mengenal pasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang,
sosio ekonomi dan tahap gred yang
dicapai oleh pelajar sebelum menggunakan media berdasarkan model ASSURE dalam
pengajaran pembelajaran. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru
perlu membina model bahan atau media yang sesuai supaya pembelajaran tidak
membosankan pelajar.
Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan
pengetahuan sedia ada juga perlu diambil kira supaya bahan media yang digunakan
dapat mencapai sasaran objektif pengajaran guru. Sebagai contoh guru ingin
membina bahan dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah S.A.W dan kehidupan
baginda, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid sama ada pernah mendengar cerita Nabi
Muhammad dan mengalami suasana kehidupan di Tanah Arab tersebut atau tidak.
Jika pelajar belum pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah Arab,
guru boleh memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar
tanpa perlu berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video merupakan pilihan
yang tepat untuk tajuk tersebut. Dengan mengaplikasikan tayangan video kehidupan masyarakat arab dan pekerjaan
mereka itu murid dapat mengalami dan memahami cara kehidupan sebenar Rasulullah
S.A.W. Sehubungan dengan itu, proses menganalisis pelajar amat penting
kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat membina
bahan media yang baik dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media
yang baik akan mendorong pelajar lebih memahami dan mengetahui maklumat
pembelajaran dengan lebih mudah.
3.2 Menyatakan
Objektif
Objektif pengajaran dan pembelajaran
perlu dinyatakan dengan jelas oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran
pembelajaran dan semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah
sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media pengajaran yang tepat.
Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan mencipta suasana
pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga guru dapat
menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh guru tercapai
atau tidak. Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat kriteria.
- Siapakah yang hendak dicapai?
- Apakah yang hendak dicapai?
- Bagaimana hendak mencapai sasaran ?
- Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?
- Siapakah yang hendak dicapai?
Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara
yang dilakukan oleh pelajar bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya
berlaku apabila pelajar itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses
idea atau secara fizikal seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran
pembelajaran.
- Apakah yang hendak dicapai?
Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah
laku yang menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan
merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat
pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah
menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur seperti
menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat menghuraikan
objektif dengan jelas.
Antara istilah
yang boleh digunakan seperti:
- menganalisis
- memilih
- mengkelaskan
- mengkategorikan
- menyebut
- menyusun
- membina
- melabelkan
- mewarna
- menilai
- membanding
- mereka cipta
- menggambarkan
- mengukur
- mengeneralisasikan
iii.
Bagaimana
hendak dicapai?
Untuk pencapaian objektif pengajaran
pembelajaran hendaklah termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat
diperhatikan. Pernyataan syarat
pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan
langkah pengajaran pemberlajaran.
iv.
Apakah
tahap pencapaian yang telah dicapai?
Darjah atau aras pencapaian yang
dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada
darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku tempuh masa yang
ditetapkan dan sebaginya.Kriteria berkenaan dinyatakan secara kualitif dan
kuantitatif.
Contoh penulisan
objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa Pendidikan
Islam Tahun 4.
Pada akhir
pembelajaran murid dapat :
Aras 1
Menyebut
pengertian pahala dan dosa secara lisan.
Aras 2
Mengenal pasti
amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan yang dibalas dosa.
Aras 3
Mengklasfikasikan
perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan pahala.
Berdasarkan penulisan objektif tadi,
sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru perlu menyatakan objektif pengajaran
pembelajaran bagi menetapkan apa yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bahan
media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut Nicholson (1996)
menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi memastikan
keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
Contohnya dalam tajuk perkara –perkara yang membatalkan solat guru menetapkan
murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara yang membatalkan solat.
Guru boleh menggunakan bahan media seperti power point atau cdri berkaitan
perkara-perkara yang membatalkan solat
menerusi tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur
kebolehan murid dan objektif tercapai.
Klasifikasi objektif
Objektif
diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki. terdapat 3
kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran iaitu kemahiran kognitif, kemahiran afektif dan
kemahiran psikomotor.
3.3 Pemilihan
kaedah, media dan bahan.
Seterusnya, perancangan yang
sistematik dengan menggunakan media memerlukan kaedah, media dan bahan yang
akan dipilih oleh guru dengan sistematik melalui langkah berikut:
I. Menetapkan kaedah yang tepat
Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan di
ajar kepada pelajar. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai
kaedah untuk menarik perhatian dan meningkatkan minat pada permulaan pelajaran.
Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh melaksanakan kaedah sumbang saran
atau perbincangan. Lantaran itu pelajar dapat mencambahkan maklumat baru.
II. Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal
paparan mesej. Format media termasuk carta flip, slaid, audio, video, filem,
komputer multimedia, CDRI , CDROOM dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru perlu memilih
media dalam bentuk aliran atau senarai semaik. Guru perlu memilih media berdasarkan
kumpulan sasaran, situasi pengajaran, angkubah pengajaran dan objektif sama ada
kognitif, efektif dan psikomotor mesti di ambil kira bagi setiap format media
yang digunakan.
III. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.
Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang sesuai, guru
perlu melibatkan 3 alternatif iaitu
·
memilih bahan yang tersedia ada.
·
mengubah suai bahan yang sedia ada.
·
mereka bentuk bahan yang baru.
Memilih kaedah dan media yang
sesuai juga adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang
ingin dicapai. Sebagai contoh guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan
Beriman pada Hari Akhirat kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di ajar, guru
haruslah memilih terlebih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan
objektif pembelajaran tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-tanda
hari kiamat seperti bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin
dan seaginya melalui tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut
pelajar akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan
dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan serta
kondusif. bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat memberi pengalaman baru
terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta pelajar menjalankan
aktiviti atau latihan di papan interaktif dengan menggunakan power point atau
cdri mata pelajaran Pendidikan Islam .
3.4 Menggunakan
Media dan Bahan
Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan media.
Langkah ini perlu
dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Antara
langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti
- menyemak,
- pratonton,
- kaji bahan sumber sebelum digunakan,
- sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,
- rancang penggunaan bahan sumber,
- sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta
- menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran pembelajaran.
Walaubagaimanapun, guru perlulah
mengambil kira kos dan waktu pengajaran dalam penggunaan media. Media yang
sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran
terutamanya dalam 1 waktu dengan peruntukan masa 30 minit.
3.5 Memerlukan
penglibatan pelajar
Bagi langkah yang kelima, iaitu
penglibatan pelajar dalam pembelajaran.Pembelajaran yang melibatkan pelajaran
secara aktif akan menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong
oleh semua teori pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris.
Pengalaman kejayaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi
pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran secara “
hand-on” seperti melabelkan Hukum Tajwid pada skrin komputer pada ayat-ayat Al
Quran mengikut Surah yang di ajar oleh guru. Situasi ini akan memberi
pengalaman baru terhadap pelajar bagi memahami dengan lebih jelas mengenai
hukum-hukum tajwid berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum tajwid
tersebut sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang di
bina oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan
menyebabkan objektif dan sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu guru
perlulah membina bahan atau media yang
kreatif sebagai menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran pembelajaran. Secara tidak
langsung dapat memupuk budaya berfikir
di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan media yang berasaskan model ASSURE
perlu digunakan oleh guru sebagai merancang tingkah laku dan minda pelajar
dalam proses pengajaran pembelajaran.
3.6 Menilai
dan menyemak semula bahan
Komponen yang terakhir dalam Model
ASSURE ialah menilai dan menyemak semula bahan. Kedua-dua komponen ini
merupakan aspek penting kepada pembangunan kualiti pengajaran dan ia melibatkan
langkah yang berterusan . Penilaian
seharusnya dilakukan oleh guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai
dengan keupayaan pelajar.Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi
mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru.
Penilaian semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka sebagai
mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh mengganggu pencapaian objektif
pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang
boleh digunakan antaranya:
- Adakah objektif pembelajaran tercapai?
- Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?
- Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan menggunakan media?
- Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan betul?
- Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?
Manakala
penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui keupayaan
pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media
dan bahan juga perlu dilaksanakansebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan
dapat difahami oleh pelajar dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru
dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan
dan media guru hendaklah memperbaiki kelemahan media sehingga ia sesuai
digunakan dalam pengajaran pembelajaran.
4. Kesimpulan
Jelaslah model ASSURE mempunyai
peranan penting dalam membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti.
Dengan menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, ia akan dapat membantu guru merancang
rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik. Dalam masa yang sama juga
penggunaan model ASSURE ini akan menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada
bahan lain, dan memberi kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar
bahawa pengajaran pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.
REFLEKSI
Daripada tugasan ilmiah bagi kerja kursus portfolio KPD 3016 yang telah
diterima dan diselesaikan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah
memperolehi pelabagai pengetahuan mengenai kebaikan Model ASSURE ini bagi
diaplikasikan dalam pengajaran pembelajaran. Antaranya sebelum memulakan
pengajaran pembelajaran saya perlu menganalisis murid terlebih dahulu.
Pendekatan ini amat penting kerana untuk mengetahui keupayaan murid dan
ciri-ciri yang ada pada mereka. Selain itu juga guru dapat merancang strategi
pengajaran yang lebih berkesan agar tiada murid akan tercicir daripada menerima
ilmu yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, saya juga telah mengetahui kepentingan menggunakan bahan
sumber dalam pengajaran pembelajaran.Dalam Model ASSURE ia amat menekankan penggunaan bahan sumber
dalam pengajaran pembelajaran. Dengan kata lain, bahan sumber akan dapat
membantu guru untuk menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik, berkesan,
dan penuh keseronokkan serta memberi kelainan agar murid tidak berasa bosan.
Namun begitu,
untuk mewujudkan pengajaran pembelajaran yang meyeronokkan, saya perlu memilih
kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai begitu juga dengan bahan atau media
yang sesuai. Kedua-dua elemen ini mestilah selaras dengan objektif pengajaran
pembelajaran agar sasaran guru tercapai. Oleh yang demikian keenam-enam elemen
dalam model ASSURE ini sangat penting bagi guru dalam pengajaran hariannya di
dalam kelas. Sebagai kesimpulan, setiap guru perlulah mengguna, mempelajari dan
mengaplikasikan model ASSURE ini apabila mengajar di kelas.
Bibliografi
Rozinah
Jamaluddin . (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yusup Hashim . (1998). Teknologi
Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
Norasiah
Abdullah. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Noriati Abdul
Rashid dan Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam pengjaran
dan pembelajaran. KL : Oxford Sdn.
Bhd.
Yusup Hashim.
(2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum dan
Instruksi sumber dari
Abdul Jasheer Abdullah.
(2005). Prinsip Teknologi Pengajaran
Sumber dari www.freewebs.com/oum1/Bab%202%20PTP.ppt