Selamat Datang Ke Blog No0rfarila

Monday, 4 November 2013

KAJIAN TINDAKAN KPD 3026






KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2

TAJUK
PECAHAN III:
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


 



KUMPULAN
GROUP EL-R03 ( A 121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
No.K/P
NO. ID
NO. TELEFON
NOOR FARILA BINTI OMAR
800XXXXXXX
D2011 XXXX
013-494XXXX

NAMA TUTOR E-LEARNING: En Omar Hisham bin Mohd Baharin
TARIKH SERAH       :        13  November 2012


ISI KANDUNGAN



Perkara
Tajuk / Perkara
Muka surat
1.
PENGENALAN
3
 2.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3
3.
FOKUS KAJIAN
4 –5
4.
OBJEKTIF KAJIAN
5
5.
KUMPULAN SASARAN
5
6.
PELAKSANAAN KAJIAN
6
7.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
7
8.
UJIAN PRA
7
9.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
9
10
PELAKSANAAN TINDAKAN
10
10.
11
REFLEKSI KESELURUHAN
 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA                                                                                                                                                   
14
15
12
BIBLIOGRAFI
16







MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI
DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK

1.0       PENGENALAN
            Imbuhan merupakan salah satu komponen  tatabahasa yang penting kerana         melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini            menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama    ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak           aspek lain  dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan    awalan  dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian.    Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa     masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai  dan kurang           memahami pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan          difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan –perkataan imbuhan         awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka.          Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian         ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa         murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan    bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai.
2.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
            Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang         hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil         mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan      murid-murid.   Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran pendidikan islam            Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak         termasuk  di dalam     senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam      peperiksaaan Ujian Penilain   Sekolah rendah atau UPSR.
Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai          kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan  bidang yang terdapat dalam mata      pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi      dan amali.
                  Misalnya dalam bidang pelajaran jawi  guru perlu memberi tumpuan kepada          menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa       kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:
·         Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal
·         Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung
·         Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka
·         Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup
·         Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat
·         Mengenal, menulis dan membaca  perkataan pinjaman
·         Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek
·         Menggunakan tanda baca
·         Membaca pelbagai jenis bahan bacaan
·         Menulis pelbagai jenis teks
·         Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.
Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi.  Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat.  Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan berimbuhan  seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
3.0       FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian  bulan julai rendah kerana
1.    Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.
2.    Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3.    Sebilangan  murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.
4.    Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.
5.    Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
6.    Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan.
Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.
4.0       OBJEKTIF KAJIAN
      i.        Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.
    ii.        Objektif Khusus
Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :
·         Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi
·         Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi
·         Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan
·         Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan
·         Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan
·         Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.
·         Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
·          Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.
6.0  PELAKSANAAN KAJIAN
6.1       Tinjauan Masalah
            Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini
            6.1.1    Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah.
            6.1.2    Pemerhatian                                                                                                                                                                                                         
Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya  terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.
            6.1.3    Temu bual
Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah.
            6.1.4    Perbincangan dengan guru
Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.
            6.1.5    Semakan buku latihan
Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini.
 7.0            ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.
8.0 UJIAN PRA
 8.1            Analisis Ujian Pra
Pencapaian (Gred)
Bilangan Sampel
Peratus
A (80-100)
2
12.5
B ( 60-79)
3
18.75
C (40-59)
D (20-39)
5
4
31.25
25
E (0-19)
2
12.5
Jumlah
16
100
                              Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian

Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber dan be serta bel.
8.2       Analisis Pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
                              Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid
TINGKAH LAKU MURID
PERATUS
Kesungguhan
30
Aktif dalam pembelajaran
30
Kurang memberi tumpuan
20
Tidak memberi tumpuan
20
Jumlah
100
8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid
Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid
Bil
Deskriptor
Tidak setuju
setuju
Amat setuju
1
Suka belajar


/
2
Suka pada Guru pendidikan Islam

/


Rasa diri pandai
/



Suka datang ke sekolah


/

Bercita-cita tinggi untuk Berjaya

/


Mesra dengan rakan

/


Merasa malu kerana tidak tahu membaca

/


Mahu berubah untuk membaca jawi

/



Mahu ke kelas pemulihan jawi

/


8.4       Analisis temu bual dengan abang dan kakak
Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid
Bil
Deskriptor
Tidak setuju
setuju
Amat setuju
1
Membaca buku di rumah
/


2
Mengulangkaji pelajaran jawi bersama abang dan kakak

/

3
Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca
/


4
Belajar bersama ibu bapa

/

5
Ibu bapa memarahi murid apabila tidak tahu membaca


/

8.5       Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang  diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)
Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar
                      Skala
Sebab
1
Sangat setuju
2
setuju
3
Tidak setuju
4
Sangat tidak setuju
Jumlah
Pengajaran guru tidak menarik

 2
40%
3
 60%


Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai

1
20%
4
80%


Banyak buku yang perlu dibaca

2
40%
3
60%


Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina ayat

2
40%
3
60%


Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.
9.0       TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya menjalankan  aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
9.1       Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat penerangan  imbuhan awalan.
            9.2       Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan
9.3       Kaedah Flash Kad dan Imlak
9.4       Membina ayat berdasarkan gambar
9.5       Ujian Pos
10.0     PELAKSANAAN TINDAKAN
            10.1     Aktiviti 1
                      I.        Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru  meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu;
*      Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
*      Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
*      Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
*      Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
*      Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
*      Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
*      Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
*      Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar
                    II.        Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.
Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan.  Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan.
                   III.        Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.
                  IV.        Pemerhatian:
Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.
                    V.        Refleksi:
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.
            10.2     Aktiviti 2
                      I.        Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi  dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar.
                    II.        Pemerhatian:
Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang diberikan.
                   III.        Refleksi:
Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan lancar.
10.3     Aktiviti 3
                      I.        Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas dan individu.
                    II.        Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak)
                   III.        Contohnya,
ber
be
ter
te
me
mem
men
berlari
berasa
terlaris
terasa
memasak
membaca
mendapat
bersukan
belajar
tersepak
terendam
menulis
memberitahu
mencatat
bersenam

terminum
terancang
memukul


Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan
                  IV.        Pemerhatian
Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;
Markah
Peratus
A ( 80-100)
25
B( 60-79)
62.5
C( 40-59)
12.5
D (20-39)
0
E (0-19)
0
                                    Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan
Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.
                    V.        Refleksi:
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.
10.3     Aktiviti 4
                      I.        Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut.
                    II.        Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang  ayahnya.
                   III.        Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.
                  IV.        Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar  yang terdapat dalam ayat yang dibina.
                    V.        Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.
                  VI.        Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.
Aktiviti
Bilangan Murid
Peratus pencapaian
Membina ayat
10
62.5
Perbincangan
12
75
Membaca ayat
16
100
                 VII.        Pemerhatian :
Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.
                VIII.        Refleksi
Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah penerangan, perkembangan dan penutup.
            10.4     Ujian Pos
                      I.        Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.
                    II.        Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
*      Bahagian A : Objektif.
*      Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.
*      Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.
*      Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.
*      Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.
                   III.        Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit.
                  IV.        Pemerhatian:
Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab.

Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.
Pencapaian ( Gred)
Bilangan Murid
Peratus
A (80-100)
4
25
B (60-79)
8
50
C (40-69)                          
3
18.75
D ( 20-39)
1
6.25
E (0-19)



                    V.        Refleksi:
Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat   seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas  jQAF.
11.0     REFLEKSI KESELURUHAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah;
*      Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.
Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos
Pencapaian
Ujian Pra
Ujian Pos
Lulus
62.50
93.75
Gagal
37.50
6.25
Jumlah
100
100
Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus  dan seorang murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan.
*      Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.
12.0     CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi  yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun  masih terdapat kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.
13.0     BAHAN YANG DIPERLUKAN
      Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:
*      Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping
*      Marker pen
*      Gunting
*      Pembaris
*      Kertas A4
*      Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set
*      Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set
*      Komputer riba  
*      Lcd Projektor

14.0     ANGGARAN KOS
            Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :
            Kad Imbasan                                       :           RM15.00
            Marker Pen                                         :           RM6.00
            32 set Soalan Ujian     x RM1.00        :           RM32.00

BIBLIOGRAFI
Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur:               Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa  (untuk sekolah rendah
                dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim:   
          Penerbit UPSI.
Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor:               Edusystem   Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web
wannoorainiwmp51992.blogspot.com/ 





LAMPIRAN 1
GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA.


 MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.
LAMPIRAN 2 : 
                       
                       
           





3 comments: