KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
Definisi
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih
dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya
kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan
proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami
Antara tujuan KBKK digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
- mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
- mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
- menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
- mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
- meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
- bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Apakah komponen utama
kemahiran berfikir (KB)?
Komponen utama KBKK:
- Berfikir secara kritis,
- Berfikir secara kreatif.
Apakah kemahiran
berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah,
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda
untuk:
- menjana dan menghasilkan idea,
- mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
- menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran
berfikir bagi setiap komponen itu?
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
·
membanding
dan membeza:
·
membuat
kategori,
·
meneliti
bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
·
menerangkan
sebab.
·
membuat
sekuen / urutan.
·
menentukan
sumber yang dipercayai,
·
membuat
ramalan,
·
mengusul
periksa andaian,
·
membuat
inferens
Contoh
kemahiran berfikir secara kreatif:
·
mencipta
analogi
·
menjana
dan menghasilkan idea baru
·
mencipta
metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
Kedua-duanya termasuk ke
dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas,
jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.
Di sini dikemukakan empat alat yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:
Alat-alat berfikir ialah
instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan ,
mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
Soalan
dan Penyoalan
Soalan
penyoalan membantu kita berfikir
secara mendalam dan meluas,sebagai guru,
pengetahuan mengenai soalan dan
penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira
semua aspek iaitu aras , skop dan fokus
Soalan mengikut aras taksonomi Bloom
Soalan boleh
dikategerikan kepada jenis bertumpu dan
bercapah
Soalan Bertumpu
|
Soalan bercapah
|
Aras rendah
|
Aras tinggi
|
Jawapan atau respon terhad
|
Jawapan atau respon luas
|
Berbentuk tertutup
|
Berbentuk terbuka
|
Sesusi menguji daya ingatan
|
Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran
|
Lebih bersifat objektif
|
Lebih bersifat subjektif
|
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
·
menerangkan sebab.
·
membuat sekuen / urutan.
·
menentukan sumber yang dipercayai,
·
membuat ramalan,
·
mengusul periksa andaian,
·
membuat inferens
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, atau gagasan.
Senarai kemahiran
berfikir secara kreatif:
·
menjana
dan menghasilkan idea baru
·
mencipta
metafora
Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran
Berfikir
- terpisah,
- penyebatian.
Apakah yang dimaksudkan dengan
terpisah?
Terpisah bermaksud:
KBKK diajarkan secara
berasingan,tidak dikaitkan
dengan kandungan mata pelajaran,
Apakah yang dimaksudkan dengan
penyebatian?
Penyebatian bermaksud:
KBKK diajarkan secara
terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi
kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.
Jenis-jenis penyebatian
- Penyebatian Penuh
- Penyebatian Separa
Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:
- Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,
- Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK
- Refleksi dan metakognitif,
- Pengukuhan isi MP dan KBKK,
- Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.
KBKK digunakan di dalam mana-mana
langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran
yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup
No comments:
Post a Comment