Isi Kandungan
Bil
|
Isi
Kandungan
|
|
Muka
Surat
|
1
|
Pengenalan
|
|
3
|
2
|
Kanak-kanak Gangguan Hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD)
|
|
4
|
3
|
Punca-punca berlakunya ADHD
|
|
6
|
4
|
Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD menurut William
Cruickshank
|
|
7
|
5
|
Ciri-ciri perkembangan fizikal dan
tingkahlaku perilaku kanak-kanak ADHD.
|
|
9
|
6
|
Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif
(ADHD)
|
|
10
|
7
|
Ciri –ciri
perkembangan motor kanak-kanak ADHD
|
|
11
|
8
|
Ciri-ciri Perkembangan Sosial
kanak-kanak ADHD
|
|
11
|
9
|
Intervensi Awal melalui model perubatan dan
model social
|
|
11
|
|
9.1 Intervensi Awal melalui Model Perubatan
|
|
12
|
|
9.2 Intervensi Awal melalui Model Sosial
|
|
16
|
10
|
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang
berkesan untuk membantu kanak-kanak ADHD.
|
|
20
|
11
|
Kesimpulan
|
|
24
|
|
Bibliografi
|
|
25
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1.0 Pengenalan
Sudah
menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpotensi
tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
apabila mereka dewasa kelak. Tambahan pula dengan corak kehidupan masa kini yang
banyak memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak
masyarakat dan negara.
Namun
begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan mengalami masalah
pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut dari peringkat awal lagi oleh ibu bapa dan guru. Ibu bapa
perlu peka dengan setiap aktiviti atau
tindak balas yang tidak normal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Mereka
tidak boleh menganggap bahawa perubahan positif akan berlaku apabila meningkat
remaja tanpa rawatan dan terapi yang khusus oleh pihak yang berwajib.
1.1 Latar belakang Kurikulum Pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas adalah satu
usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan
optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi
memenuhi dan kehendak falsafah pendidikan khas, kurikulum yang dibina berlandaskan 3 prinsip utama :
1.1.1 Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang memberi fokus kepada
potensi individu
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta social.
1.1.2 Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada
proses pengajaran
dan pembelajaran yang dapat merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas
kepada pembelajaran.Ini bermakna pembelajaraan
yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
dapat digunakan untuk dirinya dan
juga masyarakat amnya.
1.1.3 Pendidikan sepanjang hayat pula memberi fokus pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran di alam persekolahan yang
dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
Manakala
objektif pendidikan khas pula adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan bagi murid-murid berkeperluan
khas dan juga menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan
kepada setiap murid dengan keperluan khas.Selain itu, objektif
pendidikan khas juga member peluang kepada murid pendidikan khas ini untuk
mengembangkan bakat dan potensi mereka
di samping menguasai kemahiran asas 3M serta membina keyakinan diri yang
positif terhadap pembelajaran.
Menurut
Jamila K.A Mohamad (2005), pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh
mereka yang berkeperluan khas tetapi ia perlu diketahui oleh semua masyarakat terutama sekali warga pendidik.
Menurutnya lagi, tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan yang mendalam juga akan
mengakibatkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini yang
menyebabkan kanak-kanak ini digelar sebagai malas, bodoh, degil, nakal dan
sebagainya. Situasi ini akan menyebabkan murid-murid tersebut tidak berkeyakinan
diri dan sentiasa mempunyai tingkahlaku negatif yang menimbulkan masalah kepada
guru dan pengajaran pembelajaran
tersebut.
2.0 Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)
Menurut
Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau “Attention Deficit Hyperactive “(ADHD)
merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan
kanak-kanak. Menurut beliau lagi, ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang
berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang
tumpuan, keadaan hiperaktif – impulsif yang kerap dan teruk berbanding dengan
keadaan biasa diperhatikan pada individu di peringkat yang normal. Menurut Paul
Cooper dan Katherine (2002), ADHD
berlaku mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu
aktif, dan tidak member perhatian.
Manakala
Reif (2005) mendefinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) sebagai
“ ADHD is neurobiological behavioural
disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of
intention, impulsivity and some cases hyperactivity.”
Merujuk
kepada Wintraub (1997), dalam Natural Treatments For ADD and Hyperactivity,
bunyi imej, warna dan pergerakkan semuanya berterusan bergerak dan berterusan
mengganggu. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian
dan menyelesaikan segala tugasan.
Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanak-kanak yang
mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana terhadnya kebolehanuntuk
memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tingkah laku tidak sabar.
Manakala
menurut Azizi Yahaya (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD
merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku pada zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan ,
keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding biasa. Menurut Sir George
F.Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetic bukan asuhan yang lemah.
Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau
perbuatan yang berlaku dalam keadaan
yang agak tetap dianggap sebagai mengalami kecelaruan.
Gangguan
hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada
peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah. Gejala ini
mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku
mereka bagi member tumpuan yang sepenuhnya.
Satu kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Malaysia yang berumur di antara
5-15 tahun menunjukkan bahawa seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD.
Kebanyakkan yang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan. National Insitute of Mental Health (NIMH) mengjangkakan sebanyak 3%
sehingga 5% kanak-kanak akan mengalami ADHD. Dan sesetengah pakar psikiatri
mengatakan bahawa ADHD terjadi 8% hingga 10% pada usia kanak-kanak sekolah.
2.1 Kategori ADHD
Menurut American Academy of Family
Physicians, ADHD yang berlaku di kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga
kategori iaitu:
2.1.1 Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)
Kanak-kanak ini mempunyai daya
tumpuan yang singkat terhadap sesuatu
perkara. Selain itu, kanak-kanak
ini juga sering melakukan kesalahan yang sama ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa
yang sama juga kanak-kanak ini gagal
mematuhi arahan dan gagal menyiapkan
tugasan atau kerja sekolah
serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian. Simptom
lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan
ialah kanak-kanak ini tidak
akan memberikan perhatian kepada
orang yang bercakap dengannya.
2.1.2 Implusif (mengikut dorongan hati).
Bagi kanak-kanak ini pula mereka
terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dan tindakan
dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab soalan yang
dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan terburu
walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Manakala jawapan yang diberikan oleh
kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan yang disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali
mengganggu kanak- kanak lain ketika
melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab soalan guru. Apabila kanak-kanak ini melakukan
sesuatu perkara, mereka akan cepat berubah tindakan
dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh ketika mereka sedang menulis sseuatu latihan yang
diberi oleh guru, kanak-kanak implusif ADHD ini
akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas.
2.1.3 Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).
Bagi kanak-kanak hiperaktif ini
mereka akan berkelakuan seperti menggoyangkan badan
iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ini juga sukan berlari-lari, memanjat
perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk mereka
duduk dalam keaadaan yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini seringkali merungsingkan ibu bapa apabila
kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga tahun
yang mula pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain bagi kanak-kanak hiperaktif ini ialah kanak-kanak
ini banyak bercakap dan bersikap degil
serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
3.0 Punca-punca
berlakunya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD
ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca
sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD
tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa
sifat atau ciri ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh
mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD
adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka
yang tidak mepunyai sejarah ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat
Baekley (1998), yang mengatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah
berpunca daripada keturunan.
Manakala
menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti
dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Mereka yang
mengalami ADHD juga menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend
(2006), kajian yang dijalankan ke atas
bahagian otak menunjukkan terdapat tiga
bahagian otak iaitu prefrontal cortex,
basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian ini
mengawal fungsi yang berlainan. Untuk
penghidap ADHD mereka akan kekurangan electricall
activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
Dalam
hal ini juga, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa amalan merokok dan pengambilan akohol ketika
ibu sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko yang tinggi mendapat
ADHD bagi bayi yang dikandung itu. Kemudiannya,
factor lain yang menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah
kesulitan dalam pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan
ADHD kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami
sesuatu yang dipelajari.
4.0 Ciri -ciri kanak-kanak Hiperaktif Atau ADHD
menurut Wiliam Cruickshank
Menurut
William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada
dua jenis:
4.1 Sensory Hyperactive (Pancaindera):
4.1.1 Lemah dan
gagal memberi tumpuan .
Kanak-kanak hiperaktif
ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa
tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan
walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran.
4.1.2 Mudah hilang tumpuan.
Kanak-kanak ini hanya
memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan aktiviti
pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya mereka akan mengalihkan
tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang dapat
menghiburkan hatinya.
4.1.3 Tumpuan perhatian dengan melihat dan
mendengar berulang kali.
Kanak-kanak ADHD
ini memberi perhatian pada pandangan dan
pendengaran yang berulang kali.
4.1.4 Tidak dapat membuat gambaran, pengasingan
dan meyatakan kaitan atau
perhubungan.
Biasanya kanak-kanak ini
tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan
sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti
perbezaan antara pokok kelapa dan pokok pinang.
4.1.5 Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan
ruang
Kanak-kanak ini tidak
dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari saiz, jarak dan
keadaan ruang.
4.2 Motor Hiperaktif( motor kasar dan motor
halus)
4.2.1 Tingkahlaku yang aktif dan melampau.
Kanak-kanak ADHD ini
kadangkala akan bertindak dengan agresif
yang boleh
menyebabkan pergaduhan dan kecederaan kecil dengan rakan - rakannya.
4.2.2 Memanipulasikan bahan atau apa saja yang
dipegang.
Seterusnya apabila
kanak-kanak ADHD ini mendapat sesuatu bahan atau barang mereka akan cuba menggunakan
pelbagai cara bagi memanipulasikan
bahan tersebut.Mereka akan bertindak dengan menghentak,
memukul, membaling, melontar dan sebagainya terhadap bahan atau barang tersebut. Lebih-lebih
lagi jika terdapat orang di sekitar kanak-kanak ADHD ini,
dia mugkin akan menjadi sasaran mereka untuk bertindak
secara agresif.
5.0 Ciri-ciri perkembangan fizikal dan
tingkahlaku perilaku kanak-kanak ADHD.
Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak
ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya penghidap ADHD hiperaktif –impulsif
mempunyai tingkahlaku yang lebih agresif daripada penghidap ADHD impulsive.
Sebagai contoh, kanak-kanak ADHD
hiperaktif –impulsive kerap memulakan sesuatu pergaduhan dan membuat kesalahan
akibat kecuaian. Mereka juga tidak mahu mendegar percakapan atau arahan orang lain serta enggan melakukan
tugasan. Keadaan ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah pembelajaran
kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan
tidak mendengar arahan guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempamerkan
ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. kesemua ini akan menyebabkan dia
tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya dan menyebabkan terasing di dalam
kelas.
Namun
begitu, tidak dapat dinafikan terdapat kanak-kanak hiperakif yang mempunyai
keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai
impulsifnya menyebabkan dia sukar dikawal di dalam suasana kelas biasa. Oleh
itu kanak-kanak ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkahlaku
untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan
pendekatan satu dengan satu atau one to one opproach. Guru-guru hendaklah
sentiasa kreatif dalam tindakan mereka bagi mendapatkan perhatian kanak-kanak
ADHD ini dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri
lain yang sering dikenalpasti ialah :
i.
Kemampuan
akademik tidak optimal
ii.
Masalah
hubungan social
iii.
Suka
bermain tanpa mengira bahaya
iv.
Sikap
melanggar tatatertib
v.
Suka
memberontak
vi.
Bertindak
sebelum berfikir
vii.
Memerlukan
kepuasan dengan segera
viii.
Tidak
boleh menunggu giliran
ix.
Suka
mengganggu kawan
x.
Suka
mencuri
xi.
Sentiasa
bermasalah
xii.
Selalu
merosakkan barangan orang lain.
xiii.
Kadangkala
berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
xiv.
Suka
bising, degil dan sukar dikawal.
xv.
Tidak
suka dibelai,namun kadang-kadang suka melakukan perkara yang dapat menarik perhatian orang lain.
6.0 Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif
(ADHD)
Selain daripada ciri-ciri
perkembangan fizikal yang perlu kita perhatikan terhadap kanak-kanak ADHD ini,
sebagai guru dan juga ibu bapa kita juga perlu mengetahui ciri-ciri intelaktual
kanak-kanak ADHD bagi memudahkan kita mengawal dan membimbing mereka di dalam
kelas mahupun di rumah. Ciri-ciri tersebut ialah:
6.1 Mudah terganggu
Faktor ini dapat dilihat menerusi
tindakan mereka yang sentiasa resah gelisah
ketika melakukan sesuatu
aktiviti di dalam kelas. Fikiran mereka akan sentiasa terganggu dengan perkara-perkara lain semasa melakukan
perkara yang dilakukan pada ketika
itu.
6.2 Tidak boleh menumpukan perhatian terhadap
sesuatu perkara.
Apabila kanak-kanak diminta oleh guru untuk menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru di dalam
kelas kanak-kanak ini akan bersikap sambil lewa sahaja. Walaupun mereka melihat guru mengajar namun sebenarnya mereka
memikirkan hal lain. Reaksi ini
dapat dikesan oleh guru dengan sikap mereka yang gelisah di tempat duduk mereka di dalam kelas.
6.3 Tidak boleh menyiapkan kerja dan tugasan
Bagi kanak-kanak hiperaktif ini
mereka tidak akan dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan dan sempurna. Ini kerana kanak-kanak
ini akan cepat berasa bosan dengan
sesuatu perkara yang mereka akan anggap penat dan membosankan.
7.0 Ciri –ciri perkembangan motor kanak-kanak
ADHD
Bagi perkembangan motor sama ada
motor halus atau motor kasar, kanak-kanak ADHD perlu diberi perhatian yang
serius dan rapi oleh ibu bapa dan juga guru. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif
ini akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri. Keduanya kana-kanak ini juga suka melakukan aksi yang
merbahaya seperti melompat dari kerusi ke kerusi dengan jarak yang jauh,
memanjat grill pintu dan terjun ke bawah, memegang pisau yang tajam dan
sebagainya. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini juga amat suka berlari-lari di
dalam kelas. Mereka menganggap ia adalah satu keseronokkan dan kepuasan walaupun kadang kala mereka terjatuh atau
tersungkur. Seterusnya kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah tidur yang lasak
dalam keadaan posisi badan yang tidak menentu dan beralih arah. Tidak mustahil juga
jika sewaktu tidur kanak-kanak ADHD ini berjalan ke tempat yang lebih selesa
untuk dia tidur. Tambahan pula kanak-kanak ADHD ini juga tidak boleh
menyesuaikan diri dalam permainan dan suka mengelamun atau berkhayal yang
mengundang bahaya jika khayalan tersebut tidak disedari dengan melakukan
sesuatu yang di luar kawalannya.
8.0 Ciri-ciri
Perkembangan Sosial kanak-kanak ADHD
Dalam
perkembangan sosial, keadaan kanak-kanak ADHD mereka akan cepat bosan dan pada
waktu yang sama juga mereka tidak
berdaya untuk menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkan. Kanak-kanak
ADHD ini juga tidak mempunyai sikap empati pada perasaan orang lain. Selain
itu, kanak-kanak ADHD ini kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori dan
juga seorang yang pelupa dan tumpuan
mereka mudah terganggu dengan situasi yang pelbagai.
9.0 Intervensi Awal
melalui model perubatan dan model sosial
Menurut Hanson dan Lynch (1989),
intervensi awal yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir
hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan
usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor,
penjagaan diri, interaksi social dan sokongan keluarga yang dilaksanakan
sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti.
Intervansi awal memainkan peranan
yang penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran
asas sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Intervansi awal yang komprehensif
dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Tambahan pula intervensif awal mempunyai impak yang
positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi
awal juga boleh membantu perkembangan dan kebolehan kanak-kanak.Selain itu,
intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan
pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bilangan
kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas juga mungkin akan
berkurangan.
Memandangkan permasalahan ADHD ini semakin
meningkat di kalangan kanak-kanak
sewajarnya langkah-langkah segera perlu dilakukan supaya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak lelaki tidak membawa kepada penglibatan dalam salah
laku jenayah yang lebih serius seperti
membunuh, merompak dan sebagainya apabila dewasa nanti. Justeru itu intervensi awal perlu dilakukan melalui model perubatan dan
model social bagi mengurangkan masalah ADHD di kalangan kanak-kanak.
9.1 Intervensi Awal melalui Model Perubatan
9.1.1 Penyaringan
Sebelum
bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendaklah
ditentukan.kadang kala masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat
nyata dan pengujian diperlukan contohnya Sindorm Down. Bagi sesetengah
kanak-kanak pula adalah sukar untuk
menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan perlu dilakukan. Proses
saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat
tentang sesuatu perkara. Lazimnya teknik saringan dapat dilakukan dengan
cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan murid yang ramai. Setelah dikenal
pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengjaran yang bersesuai dengan murid
berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian itu tidak membantu , barulah guru akan
merujuk murid tersebut untuk menajalani ujian diagnostic yang lebih terperinci.
9.1.1 Ujian Diagnostik
Melalui model perubatan, kanak-kanak
khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan
sebarang intervensi khas ke atas mereka. Membuat diagnosis yang lengkap
memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman luas
memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan
tingkah laku yang meyebabkan tidak menumpukan perhatian. Diagnosis
dilakukan dengan mengenal pasti corak
tertentu tingkah laku kanak-kanak, membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan
tingkah laku sama ada di sekolah mahupun dirumah melalui ibu bapa dan juga
guru. Menurut Heward (2003) pengujan diagnosis dilakukan terhadap lima domain
untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang
menghalang perkembangan dirinya. Lima domain tersebut ialah:
Perkembangan
motor
Kebolehan bergerak dan memanipulasikan objek akan
mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat
menunjukkan kekuatan., kelenturan, ketahanan lasak dan koordinasi tangan –mata
seseorang kanak-kanak. Pergerakkan otot besar dan pergerakkan otot halus
menunjukkan perkembangan motor seseorang kanak-kanak.
Perkembangan
kognitif
Pengujian
dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran
mengira, mengingat perkara yang telah dilakukan pada pengalaman yang lepas,
merancang dan membuat keputusan apa yang akan dilakukan pada masa hadapan.
Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat
sedia ada, menyelesai masalah dan
menghasilkan idea-idea baru adalah menunjukkan berlakunya perkembangan
kognitif.
Komunikasi
dan bahasa
Komunikasi
adalah penyampaian maklumat seperti perasaan , keinginan, keperluan,
pengetahuan, dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan
bahasauntuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat orang
lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi.
Komunikasi bukan lisan adalah pergerakkan badan, riak wajah, penumpuan mata dan
sebaginya. Pengujian tahap tersebut akan mengesan keupayaan komunikasi dan
perkembangan bahasa kanak –kanak berkeperluan khas.
Perkembangan
emosi dan sosial
Kanak-kanak
yang mencapai kompotensi sosial rela berkongsi barang permainan dan akan
bekerjasama dengan raka-rakan yang lain. Mereka mengetahui kepentingan mengikut
giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka dapat meluahkan persaan
emosi dengan teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan
perkembanagn emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
Perkembangan
adaptif
Bagi
perkembangan adptif murid dapat
melakukan sesuatu perkara tanpa mengharap bantuan orang lain. Contohnya memakai
baju tanpa dibantu oleh orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan
tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan
sebaginya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap
kemahiran adptif berkeperluan khas.
9.1.2 Rawatan Ubatan
Terdapat beberapa jenis ubat yang
telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan kanak-kanak hiperaktif menjadi
lebih tenang dan tidak agresif. Namun begitu
kesan ubat ini tidak berpanjangan kerana sebaik sahaja ubat
diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul semula. Ubatan yang digunakan
oleh doktor terhadap kanak-kanak ADHD
ini adalah mengikut peringkat umur.
Ubat-ubatan tersebut ialah:
Bil
|
Nama
Ubat
|
Peringkat
Umur
|
1
|
Amphetamine
|
3 > tahun
|
2
|
Methylphenidate
|
6 > tahun
|
3
|
Pemoline
|
6 > tahun
|
4
|
Dexmethylphenidate
|
6 > tahun
|
5
|
Dextroamphetamine
|
6 > tahun
|
6
|
Atomextine
|
6 > tahun
|
Namun
begitu, pengambilan ubat-ubatan ini memberi kesan sampingan terhadap
kanak-kanak ADHD. Antara kesan-kesan sampingan tersebut ialah;
Tidak
boleh tidur
Kurang
selera makan
Pitam
dan mengantuk
Sakit
kepala
Kadang
kala menjadi pendiam dan kadang kala menjadi agresif.
Sakit
perut
Sekiranya
terdapat tanda-tanda yang berlarutan, ini menunjukkan bahwa dos yang diambil
berlebihan dan ia mesti dikurangkan.
9.1.3 Terapi Muzik
Selain daripada ubatan , rawatan
boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ADHD dengan menggunakan terapi muzik. Dengan
menggunakan terapi muzik jiwa kanak-kanak ADHD akan menjadi lebih tenang dan
meningkatkan kemahiran motor serta kemahiran kognitif. Selain itu ia juga dapat
meningkatkan kesihatan mental dan
fizikal. Dengan menggunakan terapi muzik ini akan dapat membantu kanak-kanak
ADHD untuk keupayaan mereka dalam bidang akademik dan juga mengembangkan emosi
dan sosial.
9.1.4 Terapi Belon Air.
Terapi belon air dapat membantu
kanak-kanak untuk memberikan lebih fokus terhadap pergerakan belon di dalam
baling kaca. Ini menyebabkan mereka akan menumpukan perhatian dan berupaya
untuk mengembangkan kognitif mereka. Selain itu ia juga dapat membantu
kanak-kanak tersebut fokus terhadap sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika
belon air itu mengeluarkan belon berbagai warna. Kenyataan ini dapat dibuktikan
melalui Penyelia Pusat Dalam Komuniti Kuala Terangganu, Puan Sharifah Anum Syed
Abdul Hadi yang menyatakan bahawa sesi terapi yang digunakan bagi kanak-kanak
hiperaktif ini telah memberi kesan kerana setiap kali sesi terapi dilakukan
kanak-kanak tersebut lebih terkawal pergerakan dan akan duduk diam dengan
memberi fokus terhadap sesi terapi seterusnya terhadap pembelajarannya.
9.1.4 Terapi Brainwave
Terapi Brainwave adalah terapi yang
digunakan terhadap kanak-kanak yang mengalami ADHD dan Autisme. Dengan menggunakan terapi brainwave ini ia
dapat mengurangkan symptom ADHD, membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi lebih
tenang dalam tindakan, meningkatkan konsentrasi dan juga menormalkan perilaku
kanak-kanak ADHD. Terapi brainwave ini jugamengembangkan kebolehan kognitif seperti membuat sesuatu keputusan,
dapat memberi fokus terhadap sesuatu perkara dengan tepat dan juga mengimbangi
sebarang gangguan luar.
9.1.5 Pengurusan Tingkah Laku Murid ADHD
Dalam
pengurusan tingkah laku murid ADHD ini guru hendaklah menetapkan peraturan umum
di dalam bilik darjah agar situasi di dalam kelas dapat dikawal.
Antara peraturan umum tersebut ialah:
Sentiasa
konsisten
Berkomunikasi
di antara guru dengan murid perlu jelas
dan guru perlu mengelakkan pertikaian serta mengabaikan sesetengah
tingkah laku kecil.
Menghasilkan
rancangan individu dan ikatan janji dengan murid sekiranya perlu.
Mengenal
pasti tingkah laku khusus untuk diberikan tumpuan seperti mengangkat tangan ,
berjalan, tidak berlari di koridor.
Membuat
rancangan untuk waktu yang sukar bagi murid seperti waktu rehat, berbaris ke
perhimpunan dan pergerakan di antara bilik.
Guru
perlu berhati-hati dan sedar akan masalah yang timbul dan alihkan tumpuan murid dengan tugasan
pilihan.
Guru
hendaklah menyediakan beberapa strategi yang dapat diikuti oleh murid sekiranya dia perlu menunggu untuk mendapatkan
perhatian daripada orang dewasa.
Guru
juga boleh menggunakan isyarat visual bagi mengingatkan murid agar memberikan
tumpuan kepada tugasan. Sebagai contoh guru boleh menggunakan sistem lampu
isyarat menggunakan kad warna iaitu warna hijau, warna kuning dan warna merah.
Apabila murid melakukan tugasan, kad hijau ditunjukkan dan pujian yang sesuai
perlu diberikan. Kad kuning ditunjukkan bagi memberi peringatan kepada murid supaya menumpukan perhatian kepada tugasan. Jika murid melaksanakan
tugasan guru secara serta merta memberi pujian. Manakala kad merah digunakan apabila murid tidak meneruskan
tugasan dan hukuman dikenakan kepada
murid ini.
9.2 Intervensi Awal
melalui Model Sosial
9.2.1 Peranan Ibu Bapa terhadap anak-anak ADHD
Ibu bapa yang baik akan sentiasa
menyokong dan membimbing anak-anak
mereka walaupun kanak-kanak tersebut tergolong dalam golongan yang istimewa.
Menjaga nanak-anak ADHD sememangnya mencabar dan menguji kesabaran kita sebagai
ibu bapa. Walaubagaimanapun ibu bapa haruslah sedar dengan tanggunjawab
mereka yang perlu sentiasa meyokong dan
berada disisi anaka-anak ADHD ini. Kanak-kanak ADHD ini sentiasa menerima
tekanan daripada sekeliling terutamanya daripada rakan-rakan mereka yang normal.
Bagi meredakan tekanan itu, ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak mereka
apa itu ADHD dan mengapa mereka menghidapinya. Sekiranya ibu bapa tidak dapat
menerangkan lebih jelas, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD terbabit boleh menemui
pakar-pakar perubatan atau psikiatri bagi menerangkan dengan lebih jelas lagi.
Ibu bapa juga perlu mengelakkan perbuatan yang boleh menyinggungkan perasaan
mereka seperti menengking dan mengherdik kanak-kanak terbabit. Sekiranya tindakan ini dilakukan oleh ibu
bapa akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri, rasa takut dan
menjarakkan lagi jurang di antara ibu bapa dan kanak-kanak ADHD itu. Oleh itu,
ibu bapa dan anak-anak perlulah
berkongsi bersama menghadapi masalah ADHD ini. Ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak ADHD terlibat dengan
pelbagai aktiviti seperti nyanyian, tarian , lukisan dan sebagainya.
9.2.2 Peranan Guru Terhadap Kanak-kanak ADHD
Guru memainkan peranan yang
penting dalam menguruskan kanak-kanak
hiperaktif atau ADHD ini di sekolah. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif atau
ADHD ini kadang kala sukar dikawal dan akan bertindak agresif yang boleh
menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Oleh itu,
guru hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan bagi menarik minat murid ADHD
ini terhadap dirinya dan juga kepada pengajarannya. Guru juga perlu mendapatkan
semua maklumat yang boleh diperoleh sama ada melalui ibu bapa, doktor, pakar
psikiatari, hospital dan sebagainya. Dengan demikian, guru akan dapat membantu
murid ADHD menangani situasi yang dihadapi, merangsangnya terus belajar,
mempermudahkan proses pembelajaran dan
meyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ADHD ini mengamalkan apa
yang dipelajarinya. Guru hendaklah
sentiasa memberikan sokongan motivasi
seperti pujian dan ganjaran terhadap
kanak-kanak ADHD ini sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru. Ini akan dapat
membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri dan juga mengembangkan
kemahiran kognitif, sosial dan emosi. Selain itu, guru hendaklah sentiasa
prihatin terhadap kanak-kanak ADHD
dengan meyoal mereka perkara-perkara yang berkaitan dengan kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara
yang amat diminati. Ini akan menimbulkan keserasian di antara guru dan murid. Sehubungan
dengan itu, guru perlu memikirkan cara komunikasi yang berkesan di antara guru dan murid bagi menunjukkan
penghormatan dan kasih sayang terhadap kanak-kanak ADHD ini. Dalam masa yang
sama juga guru dapat memahami dan menunjukkan perasaan empati dan simpati
terhadap murid tersebut. Kesannya ia dapat memudahkan guru merancang dan
menilai sesuatu aktiviti mengikut kemampuan murid-murid ADHD tersebut. Tambahan
lagi, guru dapat mengimbangi emosi kanak-kanak hiperaktif ini agar tidak
mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi negatif yang akan menyulitkan keadaan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam meningkatkan kemahiran
bersosial di kalangan rakan-rakan
mereka, guru boleh melantik kanak-kanak ADHD ini memegang jawatan yang penting
di sekolah seperti pengawas perpustakaan, Ahli Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
AJK rumah sukan dan sebagainya. Dengan
itu, mereka akan menyedari bahawa mereka sentiasa dihargai oleh guru dan
rakan-rakan serta akan mendorong mereka
untuk berani berkomunikasi sesama rakan.
9.2.3 Peranan Sekolah dan PIBG
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah bagi membantu murid-murid yang bermasalah dengan
ADHD ini. Pihak sekolah hendaklah memilih guru yang berkebolehan, optimis dan
fleksibel dalam menangani permasalahan berkaitan murid-murid ADHD ini. Ini
kerana guru yang optimis akan sentiasa menolong murid yang mengalami ADHD ini.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh merujuk kepada yang mempunyai latihan
dalam pendidikan khas kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah
yang dihadapi oleh murid. Dan kemudiannya sekolah hendaklah merujuk kanak-kanak
yang mempunyai masalah pendidikan khas ini khasnya ADHD kepada pihak hospital
bagi pemeriksaan yang lebih terperinci. Namun begitu, terdapat pihak pentadbir
sekolah yang masih kurang memberi sokongan
kepada Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) yang dapat
dilihat dari segi layanan terhadap guru
dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua. Selain itu juga kurangnya peruntukan kewangan
serta sikap kurang senang pihak pentadbir
apabila murid pendidikan khas
mengikuti peperiksaan awam di mana ia mungkin akan menjatuhkan graf
peperiksaan awam sekolah. Untuk menyelesaikan isu ini, pihak Jabatan Pelajaran
Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah perlu memberi pendedahan Program
Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi
sekolah-sekolah yang baru membuka
program ini terutamanya Guru Besar dan
Pengetua Sekolah. Lebih penting lagi
dialog di antara guru pendidikan khas, Guru Besar atau Pengetua dengan
pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi
memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat
adalah telus dan terkini. Manakala
Persatuan Ibu Bapa dan Guru hendaklah
berperanan aktif dalam menyampaikan maklumat mengenai pendidikan khas ini
terhadap ibu bapa yang lain. Secara tidak langsung, kanak-kanak pendidikan khas
ini terutamanya kanak-kanak ADHD tidak tersisih oleh rakan-rakan mereka yang
normal sekiranya pendedahan diberikan berkaitan dengan kanak-kanak istimewa
ini. Mereka juga tidak akan lagi dilabel sebagai kanak-kanak yang nakal dan
bodoh. Persatuan Ibu bapa dan guru juga boleh menyediakan pusat sumber khas
dengan menyediakan buku bergambar, kad
dan alat permainan serta memberi
pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa ini bagi menarik minat mereka
dating ke sekolah. Taman permainan juga boleh diwujudkan bagi melatih kemahiran
motor dan bersosialisasi. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan seminar, kursus
atau pameran yang berkaitan dengan pendidikan khas ini bagi memberi pendedahan
yang lebih mendalam berkaitan dengan kanak-kanak istimewa ini.
9.2.4 Peranan
Masyarakat dan NGO
Masyarakat juga mempunyai fungsi yang
tersendiri bagi membantu kanak-kanak ADHD ini. Mereka juga lebih sedar tentang
peranan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui sokongan dan bantuan yang
diberikan kepada kanak-kanak pendidikan khas ini. Mereka juga sangat prihatin dengan memungut
derma yang akan disumbangkan kepada kanak-kanak ADHD dan juga masalah
pembelajaran yang lain. Badan-badan NGO juga menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan kanak-kanak istimewa ini
khasnya kanak-kanak ADHD. Dengan adanya
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO ini akan dapat memberi peluang
terhadap kanak-kanak hiperaktif ini dan
juga kanak-kanak istimewa lain untuk
bergaul dengan masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial
mereka. Akhirnya, kanak-kanak ADHD ini akan mempunyai keyakinan diri dan dapat mewujudkan silaturahim di antara
kanak-kanak terbabit, ibu bapa dan juga masyarakat serta ahli NGO tersebut.
9.2.5 Peranan Kerajaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pihak kerajaan telah menjadi tunjang
masyarakat dalam menghapuskan jurang di
antara murid aliran perdana dengan murid berkeperluan khas khususnya
kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kementerian Pelajaran sendiri telah
mengadakan pelbagai program yang berkaitan bagi membantu murid yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke
peringkat menengah atas. Sebagai contoh telah diwujudkan beberapa buah PUSAT
SEHENTI yang pada asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
Selain
itu, pihak kerajaan dan Kementerian pelajaran Malaysia perlu menilai
aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Ini kerana kebanyakkan sekolah yang
mempunyai program mempunyai kelas yang tidak kondusif bagi murid terutamanya
murid yang bermasalah hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi.Daripada tinjauan
yang dibuat terhadap beberapa buah sekolah
sekitar Pendang didapati bahawa ruang kelas agak sempit dengan menempatkan
murid sebanyak enam hingga lapan orang murid. Ruang yang sempit akan
membataskan pergerakkan murid ini
terutamanya murid hiperaktif ADHD kerana murid-murid memerlukan ruang yang
luas bagi membantu dari segi perkembangan emosi dan perubahan
tingkah laku.
10.0 Pendekatan
Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak ADHD.
Dalam menangani masalah tingkah laku
ADHD di dalam kelas, guru perlu bijak untuk menggunakan pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-kanak ADHD.
10.1 Pendekatan Belajar
Melalui Analisis Tugasan
Pendekatan Analisis Tugasan
melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen yang mudah
untuk dikuasai dan dipelajari oleh murid. Kaedah ini akan dapat membantu guru
meyusun atur kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid. Seterusnya, guru dapat memberikan latihan yang konsisten
dan menilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat
dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:
Ø Memastikan kemahiran yang sesuai diajar
terhadap murid mengikut tahap keupayaan.
Ø Menghuraikan secara ringkas kemahiran
yang diajar.
Ø Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada
beberapa langkah kecil yang perlu dikuasai oleh murid.
Ø Langkah-langkah yang dipilih juga
hendaklah mengikut kebolehan murid
Ø Setelah itu, guru menjalankan analisis
tugasan.
Ø Guru perlu membuat pemerhatian dan penilaian terhadap murid apabila mereka
telah menguasai sesuatu kemahiran.
Ø Membuat penambahanbaikan jika murid
belum menguasai kemahiran yang diajar.
10.2 Pendekatan Belajar
melalui Bermain
Pendekatan Belajar Melalui
Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas
kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka akan melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan
berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan,
pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin
tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Oleh itu, guru hendaklah memastikan permainan yang
dirancang menepati ciri-ciri berikut:
Ø
Permainan tersebut mesti bebas dan terancang iaitu mengikut langkah yang
tersusun.
Ø
Aktiviti tersebut dapat diterokai oleh murid dan mempunyai perkaitan
dengan persekitaran yang telah dilalui oleh murid.
Ø
Memberi peluang kepada murid untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga
guru hendaklah sentiasa menggalakkan murid dengan melibatkan secara aktif dalam
aktiviti tersebut.
10.3 Pendekatan Pengajaran Bertema
Pendekatan pengajaran bertema
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Pemilihan
tema mestilah bersesuaian denngan persekitaran, tahap murid, situasi yang
berkaitan dengan murid dan peristiwa semasa.
Di samping itu, guru hendaklah menggunakan pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada
yang lebih khusus. Dengan itu guru dapat
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran terhadap murid.Pemilihan tema perlu mengambil kira perkara-perkara
berikut:
Ø Bersesuaian dengan kehidupan murid
Ø Memberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran kepada murid
kanak-kanak ADHD seperti mendengar, membaca, menulis, mengira, menaakul dan
sebagainya.
Ø Menggalakkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.
Ø Memilih aktiviti yang sesuai berdasarkan
subtopic yang diajar bagi membantu murid mempelajari isi kandungan dan
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang lebih bermakna.
10.4 Pendekatan Pembelajaran berdasarkan
Pengalaman.
Pendekatan Pembelajaran pengalaman
adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini dapat
meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai
keupayaan diri sendiri bagi melaksanakan kaedah ini guru hendaklah memastikan
sumber untuk proses pembelajaran mudah diperolehi dan memastikan suasana yang
positif untuk proses pembelajaran. Tambahan lagi, guru hendaklah memastikan
murid dapat mengimbangi intelek dan emosi dalam pembelajaran serta berkongsi
perasaan dan pemikiran murid tanpa mengongkong perasaan
mereka ketika berinteraksi. Antara prinsip-prinsip pendekatan pembelajaran pengalaman ialah guru
memberikan latihan dan peneguhan dengan mengaitkan
pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
10.5 Pendekatan
Kolaborasi
10.5.1 Latihan Kemahiran Kerja
Latihan
kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutamanya bagi
kanak-kanak ADHD. Matlamat utama latihan
ini adalah sebagai memberikan kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas yang berkaitan
pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
Ø Latihan
Dalaman
Bagi latihan
dalaman ini, guru boleh melaksanakan aktiviti berbentuk projek seperti membuat
mural di luar bilik darjah, memelihara ikan di dalam kolam di sekitar sekolah,
mewujudkan sudut taman mini dan juga membuat biskut bagi jualan di kantin atau
koperasi sekolah. Ketika mengadakan aktiviti ini, guru hendaklah membuat
pemantauan dan pemerhatian bagi menilai kemahiran yang dibuat oleh murid.
Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa memerhati tingkah laku murid bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ø Latihan
yang melibatkan aktiviti luar kelas atau luar sekolah
Bagi aktiviti
ini guru boleh bekerjasama dengan agensi luar untuk mengadakan projek yang
melibatkan murid-murid ADHD ini. Antara projek yang boleh dilakukan seperti
menghasilkan kraftangan yang mudah seperti bunga telur, bakul daripada kertas
surat khabar dan sebagainya.
Ø Latihan
kerja sebenar
Bagi mewujudkan
kerja sebenar bagi sesuatu latihan kerja guru boleh mengadakan latihan kerja
yang mudah seperti membersihkan kelas dan juga persekitaran sekolah.
10.5.2 Aktiviti Luar Bilik Darjah
Bagi
aktiviti di luar waktu pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid
memperoleh pengalaman yang sebenar untuk diteroka,
bersosialisasi dan berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat. Ia juga adalah
aktiviti yang menggembirakan di
samping memperoleh ilmu pengetahuan
yang dapat diaplikasikan oleh kanak-kanak ADHD ini di dalam kehidupan seharian mereka. Antara
aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah
aktiviti seperti lawatan ke
tempat kraftangan atau seni kraf, perkhemahan , kem motivasi, aktiviti
riadah dan sebagainya.
10.6 Ganjaran dan hukuman
Ganjaran adalah alat yang paling berkesan untuk
menguruskan tingkah laku.kanak-kanak lebih cenderung untuk memberikan reaksi
yang positif terhadap pujian atau ganjaran sebaliknya hukuman akan menjadi
kurang efektif dan kadangkala mendatangkan negative terhadap murid atau guru.
Sebagai guru pendidikan khas, guru perlu menetapkan peraturan bilik darjah yang
jelas, khusus dan ringkas yang dapat difahami oleh murid ADHD ini. Guru juga
perlu memastikan murid sentiasa memahami perkara yang akan berlaku sekiranya
mereka melanggar peraturan tersebut. Guru juga boleh mengubah peraturan
mengikut kesesuaian jika diperlukan dan ia mesti dibincang bersama dengan
murid-murid ADHD ini. Selain itu, guru juga hendaklah memberikan ganjaran
dan pujian terhadap tingkah laku yang
khusus dengan serta merta seperti bagus, bijak, ingatan yang baik, menakjubkan
dan sebagainya. Tetapi sekiranya kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna guru hendaklah
mengucapkan kata-kata yang memberikan motivasi untuk menyelesaikan tugasan itu
dengan lebih baik. Umpamanya, cuba
sekali lagi ,pasti kamu berjaya, peningkatan kamu agak baik walaupun tidak
sempurna. Selain itu guru juga menggunakan pelekat bintang di hadapan kelas
bagi menunjukkan peningkatan pretasi murid-murid ADHD ini di dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kesannya murid akan berlumba untuk berada paling atas dan ini
akan meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran.
11.0 Kesimpulan
Justeru
itu kecelaruan ADHD ini adalah gangguan tingkah laku yang perlu di tangani
dengan serius oleh semua pihak. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami gangguan ADHD ini akan
bertindak secara agresif yang akan mengganggu kanak- kanak lain terutamanya ketika berada di sekolah. Oleh itu,
masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk NGO dan
pihak kerajaan. Seperti yang telah dibincangkan masalah ini semakin meningkat
di kalangan kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak lelaki. Jika tidak dibendung dan dirawat boleh menyebabkan
kanak-kanak ADHD ini terbabit dengan salah laku jenayah yang serius apabila dewasa nanti. Jadi, peranan
ibu bapa sebagai orang yang paling rapat amatlah penting bagi menangani
permasalahan kecelaruan ADHD ini. Mereka perlu sentiasa memberi sokongan, kasih
sayang dan kemesraan terhadap anak-anak ADHD
agar kanak-kanak ini tidak berasa rendah diri dan bertindak dengan agresif di
dalam perlakuan mereka. Namun begitu,
kasih sayang yang melampau juga akan
memberi kesan yang negative terhadap kanak-kanak ini. Justeru itu, ibu bapa perlu menyatakan garis dan batasan
tertentu yang perlu mereka patuhi. Memberikan
didikan agama yang bermula dari kecil
lagi akan dapat memberi panduan bahawa terdapat undang-undang yang perlu
mereka patuhi. Ibu bapa juga hendaklah tidak memandang rendah terhadap kebolehan mereka sebaliknya ibu bapa
sentiasa memberi dorongan yang positif agar jati diri mereka terbina.
Peranan guru juga adalah penting bagi menangani kanak-kanak
ADHD ini. Dengan itu hubungan baik di
antara guru dan murid bermasalah ADHD ini diwujudkan. Kebijaksanaan dan kawalan
emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar perlu diamalkan apabila
berhadapan dengan murid yang mengalami masalah ADHD ini. Jelaslah disini kerjasama di antara guru, ibu bapa,
komuniti masyarakat dan juga pihak kerajaan amat diperlukan bagi menangani
masalah ADHD ini di kalangan kanak-kanak. Rawatan segera perlu dilakukan agar kanak-kanak
ADHD ini
Bibliografi:
Saadiah
Ahmad.(2012). 101 Senarai Penting Bagi
Penyelaras Keperluan Pendidikan Khas.Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.
Johana
Hassan.(2012).101 Senarai Penting Untuk
Perkembangan Awal Kanak-kanak.
Institut Terjemahan & Buku
Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.
K.A.Razhiyah.(2005).Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur
Supiah
saad. (2003). Malaysian Preschool
Children with ADHD in Inclusive Settings. PHD
Thesis. University of Warwick.Unprinted.
Jamilah
K.A Mohamed.(2005).Pendidikan Khas untuk
Kanak-Kanak Istimewa. Percetakan Zafar
Sdn. Bhd. Batu Caves
Laman
web:
Norliza
Abdullah : Kanak-kanak Hiperaktif Tagih Perhatian. Dipetik daripada
Cikgu
Kaunseling: Ciri-ciri kanak-kanak Hiperaktif. Dipetik daripada
cik siti fairuzah: Ulasan Jurnal : Kecelaruan hiperaktif kurang
tumpuan . dipetik daripada
Terapi Pemograman Otak Secara Saintifik/ Brainwave. Dipetik daripada
terima kasih atas perkongsian ya :)
ReplyDeleteAssalam cikgu yang dirahmati...mohon halalkan perkongsian ilmu ini...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian yang sangat membantu saya dalam mengerjakan kerja kursus saya. mohon halalkan ilmu ini dunia dan akhirat . :)
ReplyDeleteterima kasih cikgu. mohon share ye
ReplyDeleteSalam.mohon cikgu beri cadangan sekolah terbaik untuk anak yg ada mnghidapi ADHD.
ReplyDeleteI want to share with you all on how Dr Itua saves my life with his powerful Herbal medicines, I was diagnosed of Oral/Ovarian Cancer which i suffered from for 5 years with no positive treatment until when My son came to me in the hospital when i was laying down on my dying bed waiting for god to call out my name to join him in heaven.
ReplyDeleteMy son was so excited that very day he came across Dr Itua on Blogspot, we decided to give him a try although we Americans are so scared to trust Africans but i really have no choice that time to choose life in between so we gave a try to Dr Itua Herbal medicines, god wiling he was a good man with a god gift. Dr Itua send us the herbal medicine it was three bottles. I take it for three weeks instructor and this herbal medicines heal me, cure my Oral/Ovarian Cancer completely I have been living for 9 months now with healthy life no more symptoms.
I'm sponsoring Dr Itua in LA Advert on Cancer patent seminar which my son will be participating too and other patent Dr Itua has cured from all kind of human disease, also if you are sick from disease like,Epilepsy,Breast Cancer,Prostate Cancer,Throat cancer,Thyroid Cancer,Uterine cancer,Fibroid,Angiopathy, Ataxia,Arthritis,Brain cancer,Hiv,. Vaginal cancer,Herpes,Colon-Rectal Cancer,Chronic Disease.Amyotrophic Lateral Scoliosis,Brain Tumor,Fibromyalgia,Fluoroquinolone Toxicity,Multiple myeloma,Tach Diseases,Leukemia,Liver cancer,
Esophageal cancer,Gallbladder cancer,,Bladder cancer,Gestational trophoblastic disease,Head and neck cancer,Hodgkin lymphoma
Intestinal cancer,Kidney cancer,Hpv,Lung cancer,Adrenal cancer.Bile duct cancer,Bone cancer,Melanoma,Mesothelioma,Neuroendocrine tumors
Non-Hodgkin lymphoma,Cervical Cancer,Oral cancer,Hepatitis,Skin cancer,Soft tissue sarcoma,Spinal cancer,Pancreatic Cancer, Stomach cancer
Testicular cancer,
Syndrome Fibrodysplasia Ossificans ProgresSclerosis,Alzheimer's disease,Chronic Diarrhea,Copd,Parkinson,Als,Adrenocortical carcinoma Infectious mononucleosis,Vulvar cancer,Ovarian cancer,,Sinus cancer, Here Is The Wonderful Healer Contact. Name_ Doctor Itua, Email Contact: drituaherbalcenter@gmail.com, Phone/WhatsApp: +2348149277967
Minta dihalalkan ilmu cikgu.
ReplyDelete