Selamat Datang Ke Blog No0rfarila

Sunday 25 November 2012

CONTOH KERTAS KERJA







 
 


KERTAS KERJA
SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
1433 HIJRAH
SK SUNGAI SIPUT
 SESI 2012



ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/MORAL/PSVK
BERSAMA
GURU-GURU SK SUNGAI SIPUT


SAMBUTAN MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ
1.0 Rasional
Program ini adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan An Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara.
Melalui program ini murid dapat mengambil pengajaran daripada Peristiwa  Israk dan Mikraj, yang mana peristiwa ini  berlaku terhadap Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan menjadikan Rasulullah sebagai model dan rujukan utama untuk dicontohi sifat ketabahan dari segi menangani krisis dan cabaran dalam menyampaikan risalah Islam.

2.0 Objektif
2.1       Menghayati sifat-sifat  ketabahan  dalam diri Nabi Muhammad dan mengaplikasikan dalam kehidupan  seharian.
2.2       Memberi ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa israk dan mikraj
2.3       Memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati semua murid.   
2.4       Memberi pendedahan sirah, mukjizat  dan  perjuangan Nabi Muhammad dalam memperkembangkan agama Islam.
2.5       Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan
3.0 Tarikh
21 JUN 2012
4.0 Masa
8.00 pagi- 1.30 tengahari
5.0 Kumpulan Sasaran
Semua murid Prasekolah hingga tahun 6  (  109    orang)
6.0 Bahan dan Peralatan
7.0 Tempat
 SK Sungai Siput
8.0 Jumlah Murid
109 murid
9.0 Struktur Organsasi
9.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi
Encik Muhammad Zuki b Abu Bakar
( Guru Besar)
Timbalan Pengerusi
En Ahmad Sukran b Abdullah
(GPK 1)
Naib Pengerusi 1
En Mohd Apandi b Mamat
(GPK HEM)
Naib Pengerusi 2
 Encik Muslim b Shafie
(GPK- KO)
Setiausaha
En Fakhrul radzi b Harun
( Pengerusi Panitia Pend. Islam/Moral/PSVK)
JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Penasihat                 :           En Muhd Zuki B Abu Bakar ( Guru Besar)
Pengerusi                 :           En  Muslim b Shafie  (PK KO)
Naib Pengerusi       :           En  Ahmad Sukran b Abdullah ( PK 1)
Setiausaha I             :           En Mohd Fakhrul Radzi b Harun ( Pengerusi Panitia 
                                                P. Islam/ Moral /PSVK)
Setiausaha II              :         Puan Noor Farila bt Omar ( S/U Panitia P.Islam
/Moral / PSVK
Bendahari                :           En Mohd Apandi b Mamat ( PK HEM)
Peralatan                  :           En Mohd Hadzri b Ismail   
Siaraya                      :           En Masliyadi b Mustapa    
Tempat/Dewan       :           En Norshafrizal b Zulkifli  
Dokumentasi           :           En Azmi b Hamid    
Kawalan Murid        :           En Ruzaidi b Kamis
                                                Pn Munawarah bt Yaacob
Doa                            :           En Muhd Fakhrul Radzi b Harun
Pengacara Majlis    :           En Mohd Apandi b Mamat
Hadiah dan Cenderahati: Pn Shamsiah bt Md Saman
                                                Pn Zawiah bt Ismail
Jamuan Penceramah:       Pn Rohaya bt Khairi
Buku Program        :           Pn Noor Farila bt Omar
ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 2012 BERSAMAAN 1433 HIJRAH

8.00 Pagi                   :           Perhimpunan
8.30 Pagi                   :           Pertandingan kuiz Israk dan mikraj
10.30 Pagi                 :           REHAT
11.00 Pagi                 :           Ketibaan penceramah
                                                Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                                                Bacaan Doa
                                                Ceramah
12.30 tengahari        :           Majlis tamat
SEBUT HARGA PERBELANJAAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 2012
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT
Berikut adalah senarai perbelanjaan program  tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah
BIL
BUTIRAN
JUMLAH
1
Penceramah
RM80
2
Hadiah
Alat tulis 2.00 X12
Buku nota 1.50X64

RM24.00
RM96.00
3
Makan dan minum
RM14.00

JUMLAH
RM214.00

Sekian, terima kasih
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

..................................................

PENUTUP:

Program ini diharap mampu menjana murid-murid ke arah pembagunan modal insan sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia serta untuk membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan Oleh:                                                                 Disahkan Oleh:


................................                                               .........................................
(NOOR FARILA BT OMAR)                                   (    EN MUSLIM B SHAFIE )
       Setiausaha                                                               PK KOKURIKULUM
  Panitia Pend Islam/Moral                                     SK Sungai Siput, Lubok Merbau
           PSVK                                                                          Pendang, Kedah
       SK Sungai Siput

8 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya membina blog dan semoga kita memperolehi kejayaan cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Syabas..akhirnya terbina juga blog yang diinginkan, semoga terus berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Amboi....cantiknya. Tahniah kerana dah pandai buat blog.

    ReplyDelete
  4. status pelajar UPSI akhirnya impian memiliki blog menjadi realiti...teruskan usaha... jangan lupa lawati faiza71.blogspot.com... Tahniah cantik

    ReplyDelete
  5. Tahniah, kerana dapat membina blog yang menarik dan bermunafaat.

    ReplyDelete
  6. dengan izin nak copy kertas kerja cikgu...tima kasih

    ReplyDelete
  7. askm,minta izin nak copy kertas kerja ....syukran

    ReplyDelete
  8. salam..
    mohon buat rujukan.. terima kasih.

    ReplyDelete