lama x update blog semnjak tugasan utk mencipta blog selesai... try on .. mujur la pasword masih ingt..skrg dah sem8.. sem akhir.. kena siapkan tesis... huhuhu .. cabaran yang hebat.. demam ... dibuatnya.. tak sabarnya nak hbiskan tesis ni.. n merdeka...insyaAllah akan diupload segala bahan sepanjang 8 SEm ini sebagai rujukan buat semua saudara-saudari .. semua..
Rimbunan Ilmu
Thursday, 15 October 2015
Saturday, 24 May 2014
Monday, 4 November 2013
KAJIAN TINDAKAN KPD 3026
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 2
TAJUK
PECAHAN III:
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
|
KUMPULAN
GROUP EL-R03 ( A 121PJJ )
DISEDIAKAN
OLEH
NAMA
|
No.K/P
|
NO. ID
|
NO. TELEFON
|
NOOR FARILA BINTI OMAR
|
800XXXXXXX
|
D2011 XXXX
|
013-494XXXX
|
NAMA TUTOR E-LEARNING: En Omar Hisham bin Mohd Baharin
TARIKH SERAH : 13
November 2012
ISI KANDUNGAN
Perkara
|
Tajuk / Perkara
|
Muka surat
|
1.
|
PENGENALAN
|
3
|
2.
|
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
3
|
3.
|
FOKUS KAJIAN
|
4 –5
|
4.
|
OBJEKTIF KAJIAN
|
5
|
5.
|
KUMPULAN SASARAN
|
5
|
6.
|
PELAKSANAAN KAJIAN
|
6
|
7.
|
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
|
7
|
8.
|
UJIAN PRA
|
7
|
9.
|
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
|
9
|
10
|
PELAKSANAAN TINDAKAN
|
10
|
10.
11
|
REFLEKSI KESELURUHAN
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
|
14
15
|
12
|
BIBLIOGRAFI
|
16
|
MENINGKATKAN
PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI
DENGAN
KAEDAH BAHAN DAN IMLAK
1.0
PENGENALAN
Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan
baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan
imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan.
Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah
satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian
ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai
kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang belum
dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi
kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan
kepada mengenal pasti murid kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar
tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid
juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid
lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang
pelbagai.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
LALU
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang
digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang
hendak dikongsikan disini adalah
mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh
sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran
pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata
pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai
mata pelajaran yang akan di jawab dalam peperiksaaan
Ujian Penilain Sekolah rendah atau UPSR.
Mereka juga beranggapan
bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan
bidang dan tajuk serta kemahiran yang
perlu dikuasai.Pecahan bidang yang
terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.
Misalnya dalam bidang
pelajaran jawi guru perlu memberi
tumpuan kepada menulis tulisan
jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi
murid perlu menguasai beberapa kemahiran
dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:
·
Mengenal, menyebut, dan menulis jawi
tunggal
·
Mengenal, menyebut dan menulis jawi
sambung
·
Mengenal, menyebut, membaca dan
menulis suku kata terbuka
·
Mengenal, menyebut, membaca dan
menulis suku kata tertutup
·
Membaca dan menulis rangkai kata dan
ayat
·
Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman
·
Mengenal, membaca perkataan berimbuhan
dan ayat pendek
·
Menggunakan tanda baca
·
Membaca pelbagai jenis bahan bacaan
·
Menulis pelbagai jenis teks
·
Mengenal dan menulis khat nasakh dan
rikuah.
Dalam pelajaran
jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada
mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem
ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks
kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan
murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba
melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan
perkataan berimbuhan seterusnya
mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
3.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas
didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan julai rendah kerana
1.
Murid kurang mahir tentang cara untuk
menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan
jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.
2.
Masih terdapat 2 orang murid yang
belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3.
Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf
tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.
4.
Murid-murid tidak dapat memberikan
imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.
5.
Kesilapan penggunaan perkataan
berimbuhan dalam ayat.
6.
Murid-murid tidak dapat membezakan
perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan.
Masalah ini
berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak
mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan
terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka
panjang untuk menguasai pelajaran jawi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
i.
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan
mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan
menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan
juga ejaan jawi.
ii.
Objektif
Khusus
Objektif Khusus kajian ini
adalah supaya :
·
Murid dapat memahami cara menggunakan
ejaan jawi
·
Murid dapat menjawab soalan peperiksaan
dalam tulisan jawi
·
Murid dapat membaca jawi dengan
lancardalam petikan
·
Murid dapat mengelaskan
perkataan-perkataan imbuhan
·
Murid dapat mengenal pasti perkataan
berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan
·
Murid dapat menggunakan pengimbuhan
yang betul dalam membina ayat.
·
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru.
·
Guru dapat membuka minda murid bahawa
pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk dikuasai dan
diterokai.
5.0
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri
daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan Masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
maklumat awal bagi kajian ini
6.1.1 Ujian Pra
Ujian pra
diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati
pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah.
6.1.2 Pemerhatian
Saya telah
membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian
tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam
aktiviti pembelajaran. Sebaliknya
terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil
bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.
6.1.3 Temu bual
Saya melakukan
temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai
pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa
yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan
murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran
mereka di rumah.
6.1.4 Perbincangan dengan guru
Saya juga
meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya
bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.
6.1.5 Semakan buku latihan
Melalui semakan
buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam
penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat
mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam
pelajaran jawi ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Saya
membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.
8.0 UJIAN PRA
8.1 Analisis Ujian Pra
Pencapaian (Gred)
|
Bilangan Sampel
|
Peratus
|
A (80-100)
|
2
|
12.5
|
B ( 60-79)
|
3
|
18.75
|
C (40-59)
D (20-39)
|
5
4
|
31.25
25
|
E (0-19)
|
2
|
12.5
|
Jumlah
|
16
|
100
|
Jadual 1:
Pencapaian Pra Ujian
Berdasarkan
Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah
gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal
adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam
pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber
dan be serta bel.
8.2 Analisis Pemerhatian
Pemerhatian
dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar
murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual
2: Mengenal pasti tingkah laku murid
TINGKAH
LAKU MURID
|
PERATUS
|
Kesungguhan
|
30
|
Aktif dalam pembelajaran
|
30
|
Kurang memberi tumpuan
|
20
|
Tidak memberi tumpuan
|
20
|
Jumlah
|
100
|
8.3
Analisis Temu Bual Dengan Murid
Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid
Bil
|
Deskriptor
|
Tidak
setuju
|
setuju
|
Amat setuju
|
1
|
Suka belajar
|
|
|
/
|
2
|
Suka pada Guru pendidikan
Islam
|
|
/
|
|
|
Rasa diri pandai
|
/
|
|
|
|
Suka datang ke sekolah
|
|
|
/
|
|
Bercita-cita tinggi untuk
Berjaya
|
|
/
|
|
|
Mesra dengan rakan
|
|
/
|
|
|
Merasa malu kerana tidak
tahu membaca
|
|
/
|
|
|
Mahu berubah untuk
membaca jawi
|
|
/
|
|
|
Mahu ke kelas pemulihan
jawi
|
|
/
|
|
8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak
Jadual
4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid
Bil
|
Deskriptor
|
Tidak setuju
|
setuju
|
Amat setuju
|
1
|
Membaca buku di rumah
|
/
|
|
|
2
|
Mengulangkaji pelajaran
jawi bersama abang dan kakak
|
|
/
|
|
3
|
Bertanya kepada ibu bapa
apabila tidak tahu membaca
|
/
|
|
|
4
|
Belajar bersama ibu bapa
|
|
/
|
|
5
|
Ibu bapa memarahi murid
apabila tidak tahu membaca
|
|
|
/
|
8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan
dan kelemahan pengajaran)
Jadual
5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar
Skala
Sebab
|
1
Sangat setuju
|
2
setuju
|
3
Tidak setuju
|
4
Sangat tidak setuju
|
Jumlah
|
Pengajaran guru tidak
menarik
|
|
2
40%
|
3
60%
|
|
|
Guru tidak
menggunakan BBM yang sesuai
|
|
1
20%
|
4
80%
|
|
|
Banyak buku yang
perlu dibaca
|
|
2
40%
|
3
60%
|
|
|
Tidak mengetahui
penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina
ayat
|
|
2
40%
|
3
60%
|
|
|
Daripada perbincangan
dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam
pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui
penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan
betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%.
Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk
menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini
terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang
Jawi dan sebagainya.
9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Daripada
pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh
murid, saya menjalankan aktiviti seperti
dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai
jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang
mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.
9.2 Kaedah
menekap perkataan Imbuhan awalan
9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak
9.4 Membina ayat berdasarkan gambar
9.5 Ujian Pos
10.0
PELAKSANAAN TINDAKAN
10.1 Aktiviti 1
I.
Saya mempamerkan gambar tingkah laku
orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang
adik sedang membaca. Guru meminta semua murid
menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan
yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid,
iaitu;
Berjalan- imbuhan awalan ber yang
hadir sebelum kata dasar
Bersukan- imbuhan awalan ber yang
hadir sebelum kata dasar
Bersenam- imbuhan awalan ber yang
hadir sebelum kata dasar
Memasak- imbuhan awalan me yang hadir
sebelum kata dasar
Membasuh - imbuhan awalan mem yang
hadir sebelum kata dasar
Membaca - imbuhan awalan mem yang
hadir sebelum kata dasar
Menulis- imbuhan awalan me yang hadir
sebelum kata dasar
Belajar- imbuhan awalan be yang hadir
sebelum kata dasar
II.
Saya menerangkan dan memberi contoh
mengenai perkataan berimbuhan.
Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau
penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan
terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan.
III.
Murid mencatat perkataan berimbuhan
tersebut.
IV.
Pemerhatian:
Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi
apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi
jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.
V.
Refleksi:
Saya
mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak
diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.
10.2 Aktiviti 2
I.
Saya mengedarkan beberapa kad yang
mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua
murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta
setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan
jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap
kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan
jawi dan seorang lagi murid lemah dalam
bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan
untuk membaca sehingga lancar.
II.
Pemerhatian:
Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat
tugasan yang diberikan.
III.
Refleksi:
Saya
dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan
jawi dengan lancar.
10.3 Aktiviti 3
I.
Saya menunjukkan kad flash atau kad
imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan
yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan
imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut
dibaca secara kelas dan individu.
II.
Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid
dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan
pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan
pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak)
III.
Contohnya,
ber
|
be
|
ter
|
te
|
me
|
mem
|
men
|
berlari
|
berasa
|
terlaris
|
terasa
|
memasak
|
membaca
|
mendapat
|
bersukan
|
belajar
|
tersepak
|
terendam
|
menulis
|
memberitahu
|
mencatat
|
bersenam
|
|
terminum
|
terancang
|
memukul
|
|
|
Jadual
6: Pengkelasan Imbuhan Awalan
IV.
Pemerhatian
Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;
Markah
|
Peratus
|
A ( 80-100)
|
25
|
B( 60-79)
|
62.5
|
C( 40-59)
|
12.5
|
D (20-39)
|
0
|
E (0-19)
|
0
|
Jadual 7: peratus lulus murid
menkelaskan perkataan berimbuhan
Saya dapati
dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya
dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan
yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.
V.
Refleksi:
Saya
berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan
perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.
10.3 Aktiviti 4
I.
Gambar dipamerkan oleh guru melalui
slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut.
II.
Murid membina ayat berdasarkan gambar
yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang ayahnya.
III.
Guru mencatat ayat-ayat yang dibina
oleh murid.
IV.
Perbincangan – mengenal pasti imbuhan
awalan dan kata dasar yang terdapat
dalam ayat yang dibina.
V.
Latih tubi membaca ayat yang telah
dibina oleh murid.
VI.
Guru membuat pemerhatian terhadap
respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.
Aktiviti
|
Bilangan Murid
|
Peratus pencapaian
|
Membina ayat
|
10
|
62.5
|
Perbincangan
|
12
|
75
|
Membaca ayat
|
16
|
100
|
VII.
Pemerhatian :
Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam
aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang
menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam
aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di
dalam kelas.
VIII.
Refleksi
Saya
mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan
berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah
penerangan, perkembangan dan penutup.
10.4 Ujian Pos
I.
Ujian ini dilakukan adalah bertujuan
untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan, murid menjawab
soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan
awalan bagi perkataan.
II.
Saya mengedarkan kertas soalan
terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang mengandungi
markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
Bahagian A : Objektif.
Bahagian B: Menggariskan perkataan
imbuhan awalan pada teks.
Bahagian C: Mengkelaskan perkataan
imbuhan awalan mengikut kategori.
Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang
betul dengan gambar yang sesuai.
Bahagian E: Membina ayat berdasarkan
gambar.
III.
Masa yang diberikan kepada murid untuk
menjawab solan adalah selama 45 minit.
IV.
Pemerhatian:
Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang
diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan
lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk
dijawab.
Jadual
9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.
Pencapaian ( Gred)
|
Bilangan Murid
|
Peratus
|
A (80-100)
|
4
|
25
|
B (60-79)
|
8
|
50
|
C
(40-69)
|
3
|
18.75
|
D ( 20-39)
|
1
|
6.25
|
E (0-19)
|
|
|
V.
Refleksi:
Dapatan
Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid.
Walaubagaimanapun masih terdapat
seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini
adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas
jQAF.
11.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Berdasarkan kajian yang
telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan
tersebut ialah;
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan
Ujian Pos.
Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang
menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai
penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang
menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat
disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil
oleh guru.
Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid
dalam ujian Pra dan Ujian pos
Pencapaian
|
Ujian Pra
|
Ujian Pos
|
Lulus
|
62.50
|
93.75
|
Gagal
|
37.50
|
6.25
|
Jumlah
|
100
|
100
|
Berdasarkan
jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra.
Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan
6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk
meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan.
Pemerhatian
Sikap
kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran
membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif
dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.
12.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya
bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid
untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi
yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan
dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat kelemahan dalam membina
struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang
lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga
akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran
lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi
penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam mata pelajaran tersebut.
Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa
menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran
yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.
13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bahan –bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kajian ini adalah:
Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan
Awalan -20 keping
Marker pen
Gunting
Pembaris
Kertas A4
Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia
-16 set
Set Soalan Pendidikan Islam – ujian
pos- 16 set
Komputer riba
Lcd Projektor
14.0
ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :
Kad Imbasan : RM15.00
Marker Pen : RM6.00
32 set Soalan Ujian x
RM1.00 : RM32.00
BIBLIOGRAFI
Jauharah Hj. Tak
& Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas
Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin
& Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan
Bahasa (untuk sekolah rendah
dan
menengah)
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Othman Lebar.
(2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan:
Teori dan Amalan. Tanjong Malim:
Penerbit UPSI.
Mohd. Radzi
Misran & Haris Yusof. (1997). Siri
Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web
wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
LAMPIRAN 1
GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN
YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN
MEREKA.
|
MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG
DILIHAT.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)